Thursday, November 27, 2008

Tambah Kelajuan Firefox

Memang tidak dinafikan bahawa browser yang kita gunakan untuk melayari internet juga memainkan peranan penting bagi menentukan kelajuan capaian. Contohnya dari kajian di sini, kita dapat lihat bahawa Opera lebih laju berbanding Firefox. Walaupun kajian ini telah lama digunakan, namun ia masih boleh dijadikan sumber rujukan. Ia berkemungkinan disebabkan firefox mempunyai banyak aplikasi add-on bersamanya. Tidak mengapalah jika menggunakan browser firefox, asalkan tidak menggunakan Internet Explorer!

Bagi pengguna firefox, anda masih boleh mengoptimumkan kelajuan firefox anda dengan menggunakan Firetune. Sila ikuti langkah di bawah:

1. Download perisian percuma firetune dari website sini.

2. Unzip file tersebut.

3. Buka file yang telah diunzip tadi dan klik pada file FireTune.exe


4. Adalah disarankan anda backup configuration asal terlebih dahulu dengan mengklik pada "Create backup of configuration".

5. Pilih "computer/connection speed" yang bersesuaian dengan anda. Contohnya sekiranya anda menggunakan komputer dual core/RAM 1GB/internet streamyx, maka pilih sahaja pilihan "Fast computer / Fast connection".

6. Pada tab "other optimizations" dan "other useful settings", anda juga boleh membuat setting tambahan lain seperti:

  • Turn on autocomplete for URLs
  • Optimize Firefox memory usage (dan lain-lain)
7. Klik "Tune it!".

8. Restart Firefox.

Anda boleh menguji sendiri kelajuan firefox anda selepas menggunakan firetune ini. Bandingkan kelajuan sebelum dan selepas menggunakan firetune dengan menggunakan add-on "Load Time Analyser". Tetapi pastikan "cache" firefox di delete selepas setting firetune tadi.




13 comments:

Anonymous said...

menarik gak nih... boleh cuba...

Anonymous said...

good info, boleh cuba dulu

alonq_exe said...

Assalamualaikum.
Berkesan la! Terima kasih. =)

Ibnusinaputra said...

salam..wah bgus nie..nt ana nak cuba jgk la buat

syukran saudara sufian

Admin said...

wah..tip besh..hehe2..trimas2

Anonymous said...

x guna firefox dah.. guna chrome.. Ahaks.. kalo x guna chrome pun, mesti gunaa safari.. hehe..

sufian said...

shaxx, etomyam - cuba.. its free
along, ibnusina, doku - w,salam. utk dikongsi bersama
nikillas - tak dapek eden nak nolong eee...

jelikweyh said...

I use Flock Browser which built on mozilla's firefox 3 ... blh guna x firetune ?? mls nk test sndr sbb guna laptop ... klu guna desktop , lm dh bedal g donlod ... hohoh

Anonymous said...

ghost - tiada masalah kot, yg penting setting betul..flock tu add on dalam firefox kan? as long as firefox, takpe..

BUJANG SUSAH said...

ilmu berguna pak.. mohon dikopi ya segala artikal yang baru atau yg lama..

sufian said...

bujang senang - boleh, cuba tengok dulu syarat hakcipta di bawah blog ini terlebih dahulu..:)

Unknown said...

thanks pian, sy dah cuba

sufian said...

adiemad,
tapi kalu pc lembap jangan salahkan firetune :)

Post a Comment