Monday, November 3, 2008

Setting Dual Processors Untuk Game Lama


Pernah tak anda alami masalah game selepas anda upgrade komputer anda? Mungkin banyak sebab kenapa terjadinya masalah-masalah tue..

Saya juga pernah mengalaminya dan salah satu sebabnya ialah game tersebut tidak support dual core processor. Terutama sekali game keluaran Eidos Entertainment. Contohnya game Thief, The Dark Project. Bayangkan kalau anda dah ketagih teramat sangat main game tu sehingga anda sanggup upgrade PC buruk anda...selepas anda upgrade PC anda kepada dual core (dengan semangat baru)..game tersebut hanya boleh run selama 5 minit jer..pastu hang!

Maka, kalau jadi camtu, ikut langkah-langkah di bawah:

1. Install dan run game tersebut.

2. Selepas keluar menu utama game tersebut, tekan Ctrl+Shift+Esc untuk buka "Windows Task Manager".

3. Cari task game tersebut. Contoh: thief.exe



4. Right click mouse anda dan pergi ke menu "Set Affinity..."




5. Menu Processor Affinity. Untick pada salah satu kotak processor. Ini membolehkan game tersebut hanya menggunakan satu processor sahaja.



6. Klik OK. Tutup "Windows Task Manager". Klik Alt+Tab untuk kembali semula kepada game anda.

0 comments:

Post a Comment