Saya percaya, oleh kerana berbagai-bagai ancaman di internet, masih ramai yang takut-takut untuk membuat pembelian/transaksi secara online. Saya pun begitu juga pada mulanya..
Oleh itu, saya perkenalkan dua syarikat online yang boleh anda percayai bagi menjalankan urusan jual-beli/transaksi kewangan anda di internet. Syarikat ini beroperasi sebagai "orang tengah" di antara anda dengan pembeli/penjual bagi tujuan keselamatan.
1. ESCROW
- biasanya digunakan bagi tujuan jual-beli domain.
- dapat mengelakkan penipuan (fraud) bagi urusan jual beli domain secara online. Escrow akan memastikan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli domain mengikut peraturan)
(Pernah penjual domain menerima bayaran dari pembeli domain, setelah penjual domain memberi domain tersebut kepada pembeli, pembeli menipu dengan mengatakan domain masih tidak diterima dan membuat aduan kepada paypal.. akhirnya pembeli itu mendapat domain dan mendapat semula duitnya ... penjual tak dapat duit, domain pun lesap!!! )
- bayaran dikenakan mengikut peratus keuntungan jualan dan bayaran boleh dikenakan kepada
a) penjual sahaja
b) pembeli sahaja
c) 50% penjual, 50% pembeli
2. PAYPAL
- anda boleh menjalankan urusan transaksi di mana-mana jua tanpa mendedahkan no kad kredit anda.
- urusan lebih cepat. (saya pernah menjalankan urusan terus menggunakan kad kredit, tapi mengambil masa hampir sebulan barulah duit tersebut di masukkan ke dalam akaun kad kredit saya.. ini baru satu transaksi online!)
- pendaftaran percuma. (caj akan dikenakan sekiranya ada transaksi, atau pengeluaran duit dari akaun paypal ke dalam akaun bank anda)
- kebanyakan urusan di luar negara menerima cara pembayaran secara paypal
3. Ada lagi?
pesanan:
- anda boleh daftar dahulu kerana pendaftarannya percuma
- sama seperti urusan di bank, dilarang sama sekali anda mendedahkan password kepada sesiapa sahaja
- pastikan password anda unik (tidak sama dengan mana-mana akaun farum/email/dan sebagainya untuk menjamin keselamatan akaun anda.
- pastikan anda delete cookies browser anda setelah anda logout akaun-akaun tersebut, juga bagi tujuan keselamatan.
Monday, November 17, 2008
Transaksi Online Yang Selamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment