Saturday, November 29, 2008

Dilema Nuffnang Glitterati

Saya memang telah lama mendaftar dengan syarikat pengiklanan nuffnang. Dengar ceritanya, nuffnang ni memang sebuah syarikat pengiklanan bloggers yang terkenal di Malaysia. Tanpa berfikir panjang saya pun terus mendaftar sebagai ahli nuffnang ketika itu.

Nuffnang juga menyediakan keahlian eksekutif bagi ahli nuffnang yang menyokong sepenuhnya iklan nuffnang, iaitu mendapat keahlian "glitterati nuffnang init". Antara kelebihannya ialah:

1. Mendapat bayaran RM0.25 berbanding RM0.15 ahli biasa, sekiranya pengunjung klik (CPC) iklan nuffnang di blog saya.

2. Dapat menghantar artikel di innit.nuffnang.com.

3. Penghantaran cek bayaran yang lebih cepat dan lain-lain lagi.


Tetapi, baru-baru ini saya baru sahaja mendaftar advertlets dan cuba meletakkan iklan advertlets di blog ini. Ini kerana saya hendak melihat perbezaan bayaran nuffnang berbanding advertlets. Saya masih belum tahu lagi berapakah bayaran advertlets bagi setiap klik dari pengunjung yang mengklik setiap iklan advertlets di blog saya. Namun, saya telah dapati perbezaan nuffnang dan advertlets ialah:

1. Advertlets akan memaparkan iklan setiap kali blog dibuka. Manakala, nuffnang akan memaparkan iklan berdasarkan jumlah pengunjung blog. Nuffnang akan mengambil 2-3 minggu untuk memastikan jumlah pengunjung blog kita adalah tinggi (sebaiknya lebih 20 unique visitors setiap hari.

2. Advertlets akan mengambil sedikit bandwidth setiap kali blog dibuka. Bermaksud blog yang meletakkan iklan advertlets akan menyebabkan blog tersebut lambat sedikit dibuka (loading). Manakala nuffnang tidak memberi kesan sangat terhadap bandwidth.

3. Buat masa ini, nuffnang tidak pernah meletakkan iklan berkaitan keagamaan, tetapi advertlets ada meletakkan iklan bersifat keagamaan. Contohnya iklan "Cristmas for Payatas" akan dipaparkan sehingga 20 Disember 2008. Setelah saya mengadu kepada advertlets, penyelesaiannnya ialah dengan meletakkan iklan bersaiz "120x600" sahaja. Emmm.. makin kuranglah kebarangkalian iklan advertlets saya diklik.

Kesan daripada tindakan saya meletakkan iklan advertlets pula ialah:

Keahlian eksekutif glitterati nuffnang telah ditarik balik!!! :(

Kesimpulannya, sekiranya anda hendak menjadi ahli glitterti nuffnang, jangan sesekali anda meletakkan iklan advertlets (atau pesaing nuffnang di Asia yang lain) bersama iklan nuffnang di dalam blog yang sama.

Adoooyaaaiii....




11 comments:

Anonymous said...

Aaaah! The Nuffnang vs Advertlets again...
I'm for advertlets currently cos Nuffnang gave me nothing for the past few months.. Still trying out advertlets.. Once I'm done with that, I'll try Nuffnang again, vice versa till I find the best one. LOL! Good luck!

Anonymous said...

yep.. it's all about TRAFFIC!

.:sanDORA:. said...

nuffnang yer.. haku rasa xde pertambahan langsung.. ekceli adsverlets laju sket income dia.. malas nk pakai la either nuffnang or adsverlets.. biak p dulu..

@LiYaNNuaR ツ said...

jenuh aku pikiaqqq... ape kebendanya Nuffnang... aje bengap bebeno wehhh...

Anonymous said...

nuffnang ialah syarikat pengiklanan yang boleh anda daftar utk letakkan iklan dan dapat bayaran darinya.. tiada kena mengena dengan kuih karipap atau donat ok.. :)

Calipso said...

Lupa nak remind sufian dulu memang nuffnang tak bagi ads sekali dengan advertlets... dengan adsense tak apa boleh.

Buat lagi blog lain try dua-dua mana yang bagus.

Ada satu member complaint dalam forum 'cari' adverlets tak bayar dia lebih RM 1 ribu. Hati-hati...

Anonymous said...

calipso - thanks, saya pun pernah dengar ramai yg lambat sangat yg tak dapat2 duit depa..skang dah amik nuffnang jer..malas amik risiko

happysus said...

Sufian, saya tidak pasti sama ada adsence tidak boleh di letakkan sama dengan nuffnang. Tahun lepas saya ada letak nuffnang dalam blog saya RM0.28 saja dapat dalam masa 6 bulan.

Kalau dapat campur dengan Adsence okey juga.

Anonymous said...

happysus - adsense tidak mengapa..yang tak boleh ialah iklan dari asia, terutamanya pesaing utama nuffnang, cthnya advertlets...

income tu saya tak reti sangat..saya pun baru belajar..tapi dari kata pakar, lebih sesuai diletakkan iklan nuffnang di lokasi strategik supaya pembaca mudah lihat dan tinggi kebarangkalian di klik..

Anonymous said...

Hi brother Sufian. I pernah try that too. my membership terus ditalik tapi I email bagi staff Robb. ia recovered selepas 4 hari. Bukan senang lo brother haha

sufian said...

ahmike - saya pun dah dapat balik keahlian glitterati semula..toce toce..

Post a Comment