Friday, September 26, 2008

Open Source - CD Pun Percuma?


Seperti yang kita semua biasa dengar - open source percuma! Tetapi apa yang percuma? Yang percuma ialah lesennya. Bermaksud source codenya adalah percuma. Contohnya kita boleh ambil source code linux di internet dan kita boleh ubahnya mengikut yang kita mahu (ehem..kalau expert C Programming lah..).

Eh..nanti dulu, kita masih keluar modal juga untuk burn ISO Linux kan? Takdelah semua percuma pun.

Tetapi sekarang ni CD Linux pun kita boleh dapat percuma. Dihantar terus dari luar negara. Hendak apa lagi?

Anda boleh pesan CD Ori Ubuntu di sini.

Kos semua ditanggung oleh jutawan Ubuntu. Cuma anda hendak guna atau tak sahaja.

p.s.: Pesanan saya telah pun diterima dalam 2-3 minggu sahaja.


Click Here To Read More...

Mudahnya Ubuntu!


Kalau anda tidak biasa dengan open source, saya sarankan supaya anda berjinak-jinak dengan Ubuntu. Sepanjang pengalaman saya (yang tidak seberapa) dengan open source ni, inilah open source yang paling senang digunakan.

Bayangkan apabila install ubuntu server, lebih mudah dari install windows. Kemudian jika hendak install server LAMP (Web Server - Linux, Apache, MySQL, PHP) hanya dengan klik pada menu "LAMP" semasa installation. Kemudian, dah siap satu web server!!! mudahnya..

Tapi janganlah anda belajar setakat ini sahaja kerana masih banyak yang perlu dipelajari. Saya yakin sekiranya anda dah belajar sesuatu yang baru, tentu rasa seronok. Tak percaya? Cubalah...





Click Here To Read More...

Monday, September 15, 2008

Langkah Backup Data Sebelum Format Komputer


Back-up data peribadi semestinya senang dilakukan. Kita yang tahu mana data yang perlu diback-up. Terpulanglah samada hendak back-up secara pindah data ke partition lain (lebih mudah), ke external hard disk, ke slave hard disk, ke dalam pendrive (jika saiz data kecil) dan macam-macam lagi media back-up yang sesuai.

Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan sebelum format hard disk:

1. copy semua file yang penting, cth gambar-gambar, MyDocuments files, files di Desktop dan lain-lain files yang perlu.

Kebiasaannya, dokumen-dokumen disimpan di dalam MyDocuments, jangan pula anda copy icon MyDocuments di Desktop kerana itu hanyalah shortcut sahaja.

Anda perlu kenalpasti lokasi dimana file MyDocuments itu disimpan terlebih dahulu dengan right click shortcut MyDocuments di "desktop>Properties>Target"

2. jika menggunakan komputer pejabat- catat atau ambil gambar snapshot IP adress, computer name, printer setting dan lain2 setting yang berkaitan.

3. sekiranya tiada CD drivers komputer (motherboard/video/LAN/...), pastikan anda dapatkannya dari internet dan buat salinan.

4. Back-up email inbox. (contoh: Outlook Inbox File di C:\Documents and Settings\(namaPengguna)\Local Settings\Application Data\Microsoft\Outlook\

5. Back-up favorite/boomarks Internet Browser (cth: IE/Firefox/Opera)


Click Here To Read More...

Friday, September 12, 2008

Back-up Data Anda


Back-up selalunya mudah dilakukan. Tetapi adakah kita melakukannya? Kalau kita katakan hasil kerja kita sangat penting, tetapi back-up hasil kerja kita adalah lebih penting. Ini pernah terjadi kepada senior saya semasa belajar dahulu, pada minggu terakhir sebelum dia membuat pembentangan thesis, komputernya telah diserang virus setelah membuka website MSN sahaja!!! Kemudian, hard disk pula tidak boleh digunakan lagi. Lebih malang lagi, dia tidak pernah membuat back-up!!! Semua maklumat thesis hanya disimpan di dalam hard disk itu sahaja...Ini baru data sendiri. Bagaimana kalau data satu pejabat/syarikat?? Harap anda faham sekarang betapa pentingnya back-up.

Bagi pelanggan/kakitangan pejabat kita, jangan lupa untuk bertanya dimana lokasi data yang perlu diback-up. Jangan selamba sahaja format/selenggara komputer tanpa bertanyakan kepada tuan punya komputer terlebih dahulu. Pernah terjadi seorang juruteknik yang menyelenggara sebuah laptop yang digunakan oleh peguam. Juruteknik ini mengosongkan "Recycle Bin" di dalam laptop tersebut seperti tugasan penyelenggaraan yang biasa dilakukan. Rupa-rupanya peguam tersebut menyimpan maklumat sulit kerjanya di dalam "Recycle Bin". Data hilang, juruteknik pula dipersalahkan. (Sudah tentu juruteknik tu dipersalahkan kerana peguam mengeluarkan hujah-hujah yang kuat - "Kalau awak ada maklumat sulit, perlu tak awak simpan di tempat yang orang lain tak akan sangka maklumat disimpan disitu? Huh!! ) .No komen.

Proses back-up di syarikat/jabatan pula biasanya menggunakan produk khas untuk back-up. Contohnya produk Arkeia, Commvault, HP Openview, Bacula dan lain-lain.

Media yang biasa digunakan pula ialah magnetic tape yang dipasang pada Overland Storage. Data di server-server diback-up secara automatik dan pantas. Sebagai peringatan, walaupun anda menjalan proses back-up ini dengan baik, namun pastikan anda pernah menjalankan pengujian recover semula data yang telah diback-up. Tiada gunanya ada back-up data setiap hari, tetapi apabila berlaku kerosakan/kehilangan data diserver, anda gagal untuk recover semula data yang telah diback-up.


Click Here To Read More...