Sunday, November 30, 2008

Peraturan Baru 2009

Peraturan G:

Ditujukan khas kepada mereka yang menggunakan internet untuk urusan peribadi ketika waktu bekerja.

***********************************************************************************

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,



Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat

ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang

digubal adalah seperti berikut:-



a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda

contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada

kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau

menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak

simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.



Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,

kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada

kenaikan gaji.



b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya

ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana

mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini

kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara

stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.

Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.



d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini

kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu

boleh pergi kerja juga.



e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam

tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas

selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya

tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan

menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan

menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda

melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari

dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ

yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,

chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti

harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan,

73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga

penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan

cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,

aduan,kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh

disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

******************************************************************************

Sumber: Email dari kawan...





Click Here To Read More...

Saturday, November 29, 2008

Dilema Nuffnang Glitterati

Saya memang telah lama mendaftar dengan syarikat pengiklanan nuffnang. Dengar ceritanya, nuffnang ni memang sebuah syarikat pengiklanan bloggers yang terkenal di Malaysia. Tanpa berfikir panjang saya pun terus mendaftar sebagai ahli nuffnang ketika itu.

Nuffnang juga menyediakan keahlian eksekutif bagi ahli nuffnang yang menyokong sepenuhnya iklan nuffnang, iaitu mendapat keahlian "glitterati nuffnang init". Antara kelebihannya ialah:

1. Mendapat bayaran RM0.25 berbanding RM0.15 ahli biasa, sekiranya pengunjung klik (CPC) iklan nuffnang di blog saya.

2. Dapat menghantar artikel di innit.nuffnang.com.

3. Penghantaran cek bayaran yang lebih cepat dan lain-lain lagi.


Tetapi, baru-baru ini saya baru sahaja mendaftar advertlets dan cuba meletakkan iklan advertlets di blog ini. Ini kerana saya hendak melihat perbezaan bayaran nuffnang berbanding advertlets. Saya masih belum tahu lagi berapakah bayaran advertlets bagi setiap klik dari pengunjung yang mengklik setiap iklan advertlets di blog saya. Namun, saya telah dapati perbezaan nuffnang dan advertlets ialah:

1. Advertlets akan memaparkan iklan setiap kali blog dibuka. Manakala, nuffnang akan memaparkan iklan berdasarkan jumlah pengunjung blog. Nuffnang akan mengambil 2-3 minggu untuk memastikan jumlah pengunjung blog kita adalah tinggi (sebaiknya lebih 20 unique visitors setiap hari.

2. Advertlets akan mengambil sedikit bandwidth setiap kali blog dibuka. Bermaksud blog yang meletakkan iklan advertlets akan menyebabkan blog tersebut lambat sedikit dibuka (loading). Manakala nuffnang tidak memberi kesan sangat terhadap bandwidth.

3. Buat masa ini, nuffnang tidak pernah meletakkan iklan berkaitan keagamaan, tetapi advertlets ada meletakkan iklan bersifat keagamaan. Contohnya iklan "Cristmas for Payatas" akan dipaparkan sehingga 20 Disember 2008. Setelah saya mengadu kepada advertlets, penyelesaiannnya ialah dengan meletakkan iklan bersaiz "120x600" sahaja. Emmm.. makin kuranglah kebarangkalian iklan advertlets saya diklik.

Kesan daripada tindakan saya meletakkan iklan advertlets pula ialah:

Keahlian eksekutif glitterati nuffnang telah ditarik balik!!! :(

Kesimpulannya, sekiranya anda hendak menjadi ahli glitterti nuffnang, jangan sesekali anda meletakkan iklan advertlets (atau pesaing nuffnang di Asia yang lain) bersama iklan nuffnang di dalam blog yang sama.

Adoooyaaaiii....





Click Here To Read More...

Friday, November 28, 2008

Promosi Domain RM4

Jika anda sedang mengintai domain yang anda minati, pastikan anda rebut peluang ini segera. Saya pun tidak tahu bila promosi ini akan berakhir.

DOMAIN USD1.99/year = RM4/setahun

Ya ke? Ya.. Saya baru sahaja membeli domain dari GoDaddy.com. Cuma anda perlu tahu promosi ini hanya ditawarkan sekiranya:

1. Anda Hanya membeli 1 domain/yr.
2. Anda menggunakan kupon "99DOMAIN".
3. Hanya domain ".com" .
4. Selagi promosi ditawarkan.

Saya tidak pasti samada promosi ditawarkan kepada pelanggan yang belum pernah membeli produk GoDaddy.com atau tidak..

Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk membeli domain:

1. Buka website GoDaddy.com.
Klik "Buy Now" pada promosi ditawarkan (seperti gambar di atas)

2. Pilihan produk-produk lain dipaparkan. Hanya klik sahaja salah satu produk. Tidak mengapa jika anda tidak berminat dengan produk ini. Nanti akan diterangkan cara untuk tidak memilihnya. Anda mesti klik salah satu produk ini untuk pergi ke halaman seterusnya.


3. Anda sekarang berada di halaman "Shopping Chart". Pada halaman ini anda boleh buang pilihan produk tambahan tadi dengan klik "remove" button pada produk tersebut. Pastikan sekarang anda hanya membeli domain sahaja.


4. Masukkan promo code "99DOMAIN" (tanpa tanda "").

5. Klik cara pembayaran yang anda inginkan samada paypal, credit card dan lain-lain. Saya sarankan anda menggunakan paypal supaya transaksi lebih selamat dan cepat.

6. Kemudian klik ke halaman seterusnya dan isikan maklumat yang berkaitan. Setakat ini saya yakin anda tahu langkah seterusnya...


Saya telah pun membeli domain www.JomHebah.com . Saya akan maklumkan sekiranya saya telah bersedia menukar blog ini ke alamat blog yang baru ok.. :)

Rujukan: ohmalaysiaku.com (terima kasih omalaysiaku)





Click Here To Read More...

Thursday, November 27, 2008

Tambah Kelajuan Firefox

Memang tidak dinafikan bahawa browser yang kita gunakan untuk melayari internet juga memainkan peranan penting bagi menentukan kelajuan capaian. Contohnya dari kajian di sini, kita dapat lihat bahawa Opera lebih laju berbanding Firefox. Walaupun kajian ini telah lama digunakan, namun ia masih boleh dijadikan sumber rujukan. Ia berkemungkinan disebabkan firefox mempunyai banyak aplikasi add-on bersamanya. Tidak mengapalah jika menggunakan browser firefox, asalkan tidak menggunakan Internet Explorer!

Bagi pengguna firefox, anda masih boleh mengoptimumkan kelajuan firefox anda dengan menggunakan Firetune. Sila ikuti langkah di bawah:

1. Download perisian percuma firetune dari website sini.

2. Unzip file tersebut.

3. Buka file yang telah diunzip tadi dan klik pada file FireTune.exe


4. Adalah disarankan anda backup configuration asal terlebih dahulu dengan mengklik pada "Create backup of configuration".

5. Pilih "computer/connection speed" yang bersesuaian dengan anda. Contohnya sekiranya anda menggunakan komputer dual core/RAM 1GB/internet streamyx, maka pilih sahaja pilihan "Fast computer / Fast connection".

6. Pada tab "other optimizations" dan "other useful settings", anda juga boleh membuat setting tambahan lain seperti:
  • Turn on autocomplete for URLs
  • Optimize Firefox memory usage (dan lain-lain)
7. Klik "Tune it!".

8. Restart Firefox.

Anda boleh menguji sendiri kelajuan firefox anda selepas menggunakan firetune ini. Bandingkan kelajuan sebelum dan selepas menggunakan firetune dengan menggunakan add-on "Load Time Analyser". Tetapi pastikan "cache" firefox di delete selepas setting firetune tadi.





Click Here To Read More...

Monday, November 24, 2008

Hilang Mood

Entah kenapa selepas saya buka satu blog yang ada iklan seperti gambar di atas, langsung hilang mood... Mungkin tujuan pengiklan adalah untuk menarik perhatian pembaca untuk klik iklan tersebut. Tetapi kenapa gambar tu? Nak ajak "toooooott" ke?

Rasanya cukup setakat letak gambar hotel mewah atau letak gambar sekeluarga gembira bercuti pun dah ok kot. Ni gambar nak ajak maksiat ke aper??!!!

Bila klik gambar tu akan di bawa ke web kl-hotel.blogspot.com. Cett.. tak relevan langsung!

PS: Maaf sebab artikel kali ni takde kaitan dengan komputer/internet sangat.. -takde mood





Click Here To Read More...

Thursday, November 20, 2008

Lawak Programmer :-)


Ini adalah contoh daripada seorang hamba Allah yang mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari..


Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."


Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!


Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?


Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.


Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.


Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.


Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.


Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?


Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?


Suami: Unknown Virus.

***********************************************************************

Sumber: Email dari kawan...





Click Here To Read More...

Promosi Zone Alarm

Pada zaman dial up internet dulu, saya pasti akan dapatkan zone alarm terlebih dahulu. Kenapa? Sebab ianya firewall yang membolehkan saya block ip address yang menghantar pop-up iklan, virus, dan macam-macam lagi yang menyebabkan PC dan internet semakin lembap. Ada cara lain untuk elak masalah ni, iaitu ambil pakej tambahan dari TMNET yang lebih ciri keselamatannya (aiseh..duit lagii..).

Sambil buat kerja, terasa pula nak surf website zone alarm. Manalah tahu ada promosi baru ke.. haaa.. memang ada pun..

Sempena Hari Jadi Zone Alarm;

- DISKAUN 50% PRODUK-PRODUK ZONE ALARM
- PERCUMA PRODUK "PASSWORD MANAGER" BAGI PEMBELIAN "ZONE ALARM INTERNET SECURITY SUITE"

Maklumat selanjutnya di sini


Click Here To Read More...

Ninja Pendisk Antivirus


Bila lihat logo ninja pendisk av ni pun saya dah tertarik. Ninja ketot, tapi garang!
Ninja pendisk ialah program antivirus percuma untuk menghalang kemasukan virus dari pendrive USB. (sebab tu ketot kot)

Kelebihan antivirus ini ialah:

1. Dapat menghalang kemasukan virus dari pendrive secara automatik
(biasanya virus menjalankan fungsi file "autorun.inf" atau "ctfmon.exe".

2. Saiz file yang kecil (tidak sampai 1 MB pun).

3. Tidak perlu install.



Saya terangkan langkah penggunaannya seperti di bawah:

1. download file ninja pendisk dari sini(1) atau sini(2).

2. double klik file ninja.exe

3. Program terus dijalankan dan anda akan nampak logo ninja pendisk di system tray desktop anda.

4. Right Click mouse anda dan pilih "Add to startup".

5. Program ninja pendisk akan sentiasa dijalankan setiap kali anda buka komputer anda.

Saya telah melihat keberkesanannya di sebuah laptop di pejabat. Harap ia juga bermanfaat untuk anda.

* Rujukan: www.sembangkomputer.com (Terima kasih saudara MK)


Click Here To Read More...

Monday, November 17, 2008

Transaksi Online Yang Selamat

Saya percaya, oleh kerana berbagai-bagai ancaman di internet, masih ramai yang takut-takut untuk membuat pembelian/transaksi secara online. Saya pun begitu juga pada mulanya..

Oleh itu, saya perkenalkan dua syarikat online yang boleh anda percayai bagi menjalankan urusan jual-beli/transaksi kewangan anda di internet. Syarikat ini beroperasi sebagai "orang tengah" di antara anda dengan pembeli/penjual bagi tujuan keselamatan.


1. ESCROW

Escrow.com: Buy or Sell Online Without the Fear of Fraud

- biasanya digunakan bagi tujuan jual-beli domain.

- dapat mengelakkan penipuan (fraud) bagi urusan jual beli domain secara online. Escrow akan memastikan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli domain mengikut peraturan)
(Pernah penjual domain menerima bayaran dari pembeli domain, setelah penjual domain memberi domain tersebut kepada pembeli, pembeli menipu dengan mengatakan domain masih tidak diterima dan membuat aduan kepada paypal.. akhirnya pembeli itu mendapat domain dan mendapat semula duitnya ... penjual tak dapat duit, domain pun lesap!!! )

- bayaran dikenakan mengikut peratus keuntungan jualan dan bayaran boleh dikenakan kepada
a) penjual sahaja
b) pembeli sahaja
c) 50% penjual, 50% pembeli



2. PAYPAL

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

- anda boleh menjalankan urusan transaksi di mana-mana jua tanpa mendedahkan no kad kredit anda.

- urusan lebih cepat. (saya pernah menjalankan urusan terus menggunakan kad kredit, tapi mengambil masa hampir sebulan barulah duit tersebut di masukkan ke dalam akaun kad kredit saya.. ini baru satu transaksi online!)

- pendaftaran percuma. (caj akan dikenakan sekiranya ada transaksi, atau pengeluaran duit dari akaun paypal ke dalam akaun bank anda)

- kebanyakan urusan di luar negara menerima cara pembayaran secara paypal




3. Ada lagi?



pesanan:

- anda boleh daftar dahulu kerana pendaftarannya percuma

- sama seperti urusan di bank, dilarang sama sekali anda mendedahkan password kepada sesiapa sahaja

- pastikan password anda unik (tidak sama dengan mana-mana akaun farum/email/dan sebagainya untuk menjamin keselamatan akaun anda.

- pastikan anda delete cookies browser anda setelah anda logout akaun-akaun tersebut, juga bagi tujuan keselamatan.


Click Here To Read More...

Tuesday, November 11, 2008

Ketahui Artikel Terkini Dengan RSS

RSS adalah cara mudah dan cepat untuk anda update dengan blog yang anda gemari. Ikuti langkah di bawah untuk subscribe RSS dengan blog ini:

1. Klik logo RSS di tepi kanan, sudut atas blog ini.

2. Klik pada "View Feed XML".



3. Anda akan lihat paparan seperti ini. Sila klik "Subscribe Now" button.


4. "Add Live Bookmark" box akan muncul. Pilih folder yang anda inginkan untuk meletakkan live bookmark blog ini.


5. Pada menu browser anda (firefox/opera...), klik pada menu "Bookmarks". Kemudian pilih folder bookmark yang anda pilih tadi. Kemudian anda akan nampak nama blog saya seperti di bawah. Dari bookmark ini anda akan nampak artikel terkini dari blog sufianpc.blogspot.com!


Terima kasih kerana subscribe dengan blog sufianpc.blogspot.com :)


Click Here To Read More...

Maybank2u Phishing!

Menurut wikipedia, phishing bermaksud perbuatan jenayah dengan cara percubaan membuat penipuan/penyamaran bagi tujuan mendapatkan maklumat sulit contohnya username, password dan maklumat kad kredit secara online. Lebih kurang macam memancinglah, tetapi memancing maklumat peribadi dari seseorang yang membuat transaksi online.

Pada 30 Oktober baru-baru ini, saya mendapat email seperti di bawah:

********************************************************************

Title :
E-Service Server Upgrade
Maybank Group [upgrade@maybank2u.com.my]
This message was sent with high importance.

Dear Maybank customers,

As you know we have been trying to fight phishing attacks targeted at Maybank Account holders, We will not stop until we are sure that your online banking information are secure.

Everyday we try to upgrade and migrate our online banking server to make sure that your online banking details are protected. We urge you to assist us in ensuring the safety of your Online banking information by adhering to the security measures we are taking.

We implore you to make sure that your online banking details are always registered with us for as we continue this security measures by upgrading our online banking server. We are concerned about the protection of your online banking details and committed to giving you a more improved internet banking services as we have your happiness and interest at heart. Failure to adhere to this security warning will be at your own risk as we wont be held responsible for any loss.

Please Follow the link below to upgrade with us;

http://www.maybank2u.com.my/online-banking-upgrade

Security Management

Maybank Group

*******************************************************************

Kalau kita baca, mungkin ada betulnya kan? Tetapi yang menjadi masalahnya ialah apabila saya klik sahaja link di atas (address yang berwarna merah), maka address di bawah ini pula yang dibuka :

http://www.xtslradio.com/images/www.maybank2u.com.my/
Maybank-Online.html

Anda boleh nampak tak sekarang bagaimana phishing dibuat? walaupun paparannya sama seperti maybank2u yang biasa kita lihat, tetapi domain addressnya ialah www.xtslradio.com!!!
Kalau saya masukkan login dan password pada link yang baru dibuka ini, emmm.. anda bayangkanlah sendiri akibatnya...

Nasihat saya - pastikan domain address yang betul sebelum membuat sesuatu transaksi online...


Click Here To Read More...

Thursday, November 6, 2008

Hardware Spyware!





"HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)
CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI B
ELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan."

Sumber: Email dari kawan...


Click Here To Read More...

Bagaimana Membuang virus (kernel.dll.vbs)

Kebiasaannya jika saya hendak mendapat maklumat mengenai cara untuk membuang virus, saya akan taip "Remove Win32/(nama virus)" di google. Contoh - remove win32/angelina. Ini kerana setiap virus mempunyai karakternya masing-masing dan perlu kaedah tertentu untuk membuangnya.

Tetapi sekiranya anda tidak tahu/pasti nama virus tersebut, cuba ikuti langkah di bawah:

1. update signature/pattern antivirus (pastikan anda betul-betul update antivirus terkini)
- dengarnya, untuk virus kernel.vbs.dll ni, antivirus kaspersky yang dapat detect dulu. Tapi sekarang ni, rasanya hampir kesemua antivirus telah update signature virus ni...

2. update patches Windows (pastikan anda gunakan Windows ori sebelum update)

3. cabut network (mengelakkan virus yang merebak melalui network)

4. scan antivirus dan clean virus yang dijumpai

5. Install "ninja pendisk" seperti yang saya terangkan di sini.

6. a) paparkan "hidden files" dengan cara
buka MyComputer>menu - Tools>Folder Options...>tab - View
Klik pada "Show hidden files and folders" seperti di bawah dan klik OK.



b) "search" keseluruhan hard disk bagi file autorun.inf dan delete files tersebut
(untuk membuang kesan automatik "autorun" dari virus-virus tertentu)



ps: ada juga kaedah untuk scan antivirus dari bootable cd (belum diterangkan lagi).


Click Here To Read More...

Ciri Keselamatan Komputer


Biasanya saya ada "checklist keselamatan" dalam kepala saya sekiranya melihat satu-satu komputer menggunakan Windows, iaitu mesti ada:

1. Antivirus
- untuk mengelakkan komputer dari serangan virus/worm. Kalau PC dirumah, ambil sahaja antivirus percuma dari internet (avast, avg, banyak lagi).

2. AntiSpyware
- untuk membuang segala perisian/program tersorok di dalam komputer anda. Program ini akan mengambil maklumat rahsia anda dengan mudah je. Antara kegiatan spyware ni ialah mencuri maklumat setiap apa yang anda taip/buat, boleh jadi password maybank anda, boleh jadi senarai email rakan anda, apa-apa saje...
saya cadangkan anda guna SpyBot kerana saya rasa itu sahaja perisian antispyware yang betul-betul ikhlas (hanya minta derma untuk membangunkan perisian, bukan bayaran) .. kerana ada juga antispyware yang membuang spyware, tetapi meletakkan spyware darinya sendiri!

3. Signature terkini/pattern antivirus
- menurut fakta, setiap hari akan ada virus baru dicipta oleh penggodam (hacker/cracker). Oleh itu, syarikat yang mengeluarkan antivirus sentiasa update dengan virus-virus baru supaya virus-virus baru ini dapat kesan. Oleh itu, bukan sekadar anda telah install antivirus, tetapi anda MESTI update antivirus tersebut supaya virus baru yang memasuki komputer anda dapat dikesan dan dibuang. Bukan susah pun, update sahaja antivirus anda sekarang sambil baca blog ni...

4. Update patches/service pack
- saya telah menerangkan pada artikel sebelum ini.

5. Firewall yang diaktifkan
- untuk mengelak penggodam dari menceroboh komputer anda. Boleh juga install firewall tambahan selain daripada firewall yang sediaada di dalam Windows. Contohnya ZoneAlarm.


Click Here To Read More...

Bagaimana Mencegah Worm Merebak?

Pernah pejabat saya dilanda serangan worm yang teruk sekali. Habis server-server dijangkiti dan menyebabkan komputer semakin lembap kerana semakin banyak worm ini beranak-pinak!

Sebelum itu, kita perlu faham apakah beza diantara worm dan virus? Kesannya hampir sama, tetapi virus menetap di hard disk, worm pula berlegar-legar diingatan komputer. Patutlah walaupun telah clean worm tersebut menggunakan antivirus, tetapi semakin menjadi-jadi aktivitinya. Bila dah panik, memang tak terfikir langsung cara lain.

Nasib baiklah ada seorang kawan yang memberitahu cara nak atasi worm ni iaitu:

1. OFFkan semua switch/router/peralatan rangkaian buat sementara waktu (5 minit) supaya worm tersebut hilang di dalam ingatan peralatan tersebut.

2. Kalau boleh cabut/disable komputer-komputer.

3. Scan komputer/server yang menggunakan Windows dengan antivirus yang telah diupdate.


Click Here To Read More...

Monday, November 3, 2008

Setting Dual Processors Untuk Game Lama


Pernah tak anda alami masalah game selepas anda upgrade komputer anda? Mungkin banyak sebab kenapa terjadinya masalah-masalah tue..

Saya juga pernah mengalaminya dan salah satu sebabnya ialah game tersebut tidak support dual core processor. Terutama sekali game keluaran Eidos Entertainment. Contohnya game Thief, The Dark Project. Bayangkan kalau anda dah ketagih teramat sangat main game tu sehingga anda sanggup upgrade PC buruk anda...selepas anda upgrade PC anda kepada dual core (dengan semangat baru)..game tersebut hanya boleh run selama 5 minit jer..pastu hang!

Maka, kalau jadi camtu, ikut langkah-langkah di bawah:

1. Install dan run game tersebut.

2. Selepas keluar menu utama game tersebut, tekan Ctrl+Shift+Esc untuk buka "Windows Task Manager".

3. Cari task game tersebut. Contoh: thief.exe



4. Right click mouse anda dan pergi ke menu "Set Affinity..."




5. Menu Processor Affinity. Untick pada salah satu kotak processor. Ini membolehkan game tersebut hanya menggunakan satu processor sahaja.



6. Klik OK. Tutup "Windows Task Manager". Klik Alt+Tab untuk kembali semula kepada game anda.


Click Here To Read More...