Showing posts with label software. Show all posts
Showing posts with label software. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

Gunakan Yahoo Messenger Walaupun di Block


Yahoo Messenger dan program chatting yang lain pada masa ini sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna internet. Namun, terdapat beberapa masalah menyebabkan sesetengah pejabat / kolej menutup laluan program tersebut supaya tidak dapat digunakan. Ketika pejabat saya melaksanakannya pada satu ketika dulu juga mendapat tentangan hebat dari kakitangan pejabat. Biasalah.. berbagai-bagai alasan disuarakan. Ada yang mengatakan ianya digunakan untuk urusan kerja, ada yang menggunakan hanya untuk release tension bekerja di pejabat, ada yang mahu transfer fail sahaja... hehe

Pada saya, tujuan penggunaanya adalah terpulang pada individu itu sendiri. Namun masalah yang besar di sini bagi rakan yang bekerja di bilik server ialah - Yahoo Messenger menggunakan traffik yang besar, dan traffik itu sentiasa digunakan selagi pengguna tidak tutup program tersebut. Lebih-lebih lagi jika semua kakitangan menggunakan program yahoo messenger. Anda boleh gunakan perisian mrtg jika mahu membuat analisis sendiri.

Oleh itu, bagi memuaskan hati semua pihak, eloklah sekiranya anda tahu bahawa terdapat berbagai website yang menyediakan kaedah alternatif melayari yahoo messenger dan seumpamanya.

Meebo.com adalah salah satu website alternatif bagi anda untuk menggunakan yahoo messenger. Selalunya website ini tidak di block di pejabat / universiti. Traffik bandwidth yang digunakan adalah kurang sedikit.

Tetapi kelemahannya ialah graffiknya tidak 100% sama seperti program asal yahoo messenger.





Click Here To Read More...

Thursday, December 18, 2008

PDF Converter


Mungkin ramai yang telah tahu kaedah menukar dokumen (Word/Powerpoint/Excel/...) kepada bentuk/format PDF. Apabila saya mendapat tahu ada kawan saya membeli CD Adobe Reader Pro 8 semata-mata hendak menukar ke format PDF, terasa saya masih perlu menunjukkan penggunaan PDF Converter ini.

Sebenarnya terdapat berbagai perisian PDF Converter yang percuma di internet. Contohnya somepdf, pdf995 dan lain-lain lagi. Saya biasa menggunakan pdf995, oleh itu saya akan terangkan cara penggunaannya seperti di bawah:

1. Download File pdf995 di sini. Download file "Pdf995 Printer Driver" dan file "Free Converter" tersebut.

2. Install kedua-dua files tersebut.

3. Buka file dokumen yang handak ditukar ke format pdf. Contoh: MsWord file

4. Buka Menu File>Print...

5. Tukarkan pilihan pencetak di "printer name" kepada PDF995. Klik OK.


6. Box "Pdf995 Save As" dibuka secara automatik. Pilih nama file pdf dan lokasi pdf yang akan dihasilkan nanti.

7. Klik Save. Tunggu proses convert dilakukan sehingga selesai.

8. Buka pdf file yang dihasilkan di lokasi yang anda pilih tadi. Siap!





Click Here To Read More...

Thursday, November 27, 2008

Tambah Kelajuan Firefox

Memang tidak dinafikan bahawa browser yang kita gunakan untuk melayari internet juga memainkan peranan penting bagi menentukan kelajuan capaian. Contohnya dari kajian di sini, kita dapat lihat bahawa Opera lebih laju berbanding Firefox. Walaupun kajian ini telah lama digunakan, namun ia masih boleh dijadikan sumber rujukan. Ia berkemungkinan disebabkan firefox mempunyai banyak aplikasi add-on bersamanya. Tidak mengapalah jika menggunakan browser firefox, asalkan tidak menggunakan Internet Explorer!

Bagi pengguna firefox, anda masih boleh mengoptimumkan kelajuan firefox anda dengan menggunakan Firetune. Sila ikuti langkah di bawah:

1. Download perisian percuma firetune dari website sini.

2. Unzip file tersebut.

3. Buka file yang telah diunzip tadi dan klik pada file FireTune.exe


4. Adalah disarankan anda backup configuration asal terlebih dahulu dengan mengklik pada "Create backup of configuration".

5. Pilih "computer/connection speed" yang bersesuaian dengan anda. Contohnya sekiranya anda menggunakan komputer dual core/RAM 1GB/internet streamyx, maka pilih sahaja pilihan "Fast computer / Fast connection".

6. Pada tab "other optimizations" dan "other useful settings", anda juga boleh membuat setting tambahan lain seperti:
  • Turn on autocomplete for URLs
  • Optimize Firefox memory usage (dan lain-lain)
7. Klik "Tune it!".

8. Restart Firefox.

Anda boleh menguji sendiri kelajuan firefox anda selepas menggunakan firetune ini. Bandingkan kelajuan sebelum dan selepas menggunakan firetune dengan menggunakan add-on "Load Time Analyser". Tetapi pastikan "cache" firefox di delete selepas setting firetune tadi.





Click Here To Read More...

Thursday, November 20, 2008

Ninja Pendisk Antivirus


Bila lihat logo ninja pendisk av ni pun saya dah tertarik. Ninja ketot, tapi garang!
Ninja pendisk ialah program antivirus percuma untuk menghalang kemasukan virus dari pendrive USB. (sebab tu ketot kot)

Kelebihan antivirus ini ialah:

1. Dapat menghalang kemasukan virus dari pendrive secara automatik
(biasanya virus menjalankan fungsi file "autorun.inf" atau "ctfmon.exe".

2. Saiz file yang kecil (tidak sampai 1 MB pun).

3. Tidak perlu install.



Saya terangkan langkah penggunaannya seperti di bawah:

1. download file ninja pendisk dari sini(1) atau sini(2).

2. double klik file ninja.exe

3. Program terus dijalankan dan anda akan nampak logo ninja pendisk di system tray desktop anda.

4. Right Click mouse anda dan pilih "Add to startup".

5. Program ninja pendisk akan sentiasa dijalankan setiap kali anda buka komputer anda.

Saya telah melihat keberkesanannya di sebuah laptop di pejabat. Harap ia juga bermanfaat untuk anda.

* Rujukan: www.sembangkomputer.com (Terima kasih saudara MK)


Click Here To Read More...