Tuesday, April 14, 2009

Gunakan Yahoo Messenger Walaupun di Block


Yahoo Messenger dan program chatting yang lain pada masa ini sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna internet. Namun, terdapat beberapa masalah menyebabkan sesetengah pejabat / kolej menutup laluan program tersebut supaya tidak dapat digunakan. Ketika pejabat saya melaksanakannya pada satu ketika dulu juga mendapat tentangan hebat dari kakitangan pejabat. Biasalah.. berbagai-bagai alasan disuarakan. Ada yang mengatakan ianya digunakan untuk urusan kerja, ada yang menggunakan hanya untuk release tension bekerja di pejabat, ada yang mahu transfer fail sahaja... hehe

Pada saya, tujuan penggunaanya adalah terpulang pada individu itu sendiri. Namun masalah yang besar di sini bagi rakan yang bekerja di bilik server ialah - Yahoo Messenger menggunakan traffik yang besar, dan traffik itu sentiasa digunakan selagi pengguna tidak tutup program tersebut. Lebih-lebih lagi jika semua kakitangan menggunakan program yahoo messenger. Anda boleh gunakan perisian mrtg jika mahu membuat analisis sendiri.

Oleh itu, bagi memuaskan hati semua pihak, eloklah sekiranya anda tahu bahawa terdapat berbagai website yang menyediakan kaedah alternatif melayari yahoo messenger dan seumpamanya.

Meebo.com adalah salah satu website alternatif bagi anda untuk menggunakan yahoo messenger. Selalunya website ini tidak di block di pejabat / universiti. Traffik bandwidth yang digunakan adalah kurang sedikit.

Tetapi kelemahannya ialah graffiknya tidak 100% sama seperti program asal yahoo messenger.




11 comments:

Mohd Nasri said...

gunalah yahoo messenger for web..

sufian said...

ye..meebo salah satunya..digalakkan kalu internet slow..

loq said...

meebo memang best

ebuddy pon boleh gak

sufian said...

kalu tak silap, ebuddy boleh check kawan2 yang yang sebenarnya online, walaupun mereka menyorok atas nama "not available" :)

papabear said...

hello bro!

TyCo86 said...

Ye ker bro?thanks da info..

sufian said...

papabear,
hello brader..long time no see :D

tyco86,
kawan aku pernah buat thesis analysis kenapa traffic slow kat U, rupa2nya YM penyumbang terbesar! its true but anyone still can't stop from chatting

Khai... said...

ooo, macam tu ya, patutla laptop aku jadi lembap tambah dengan skype lagi. Thanks for the info

sufian said...

tu salah satu sebabnya..boleh juga ikuti Tips Lajukan PC di sini
http://sufianpc.blogspot.com/2009/03/tips-lajukan-pc-versi-2.html

jelikweyh said...

alaaa...

pki meebo x best larrr ...

eBuddy x try lg ...

sesaper yg beli lappy ACER , der ad kasi orion ... utk conference best r ... utk chat biasa2 , x best langsung ...

beta tgk , meebo & orion cannot sharing file , cannot use webcam & cannot send file ...

tp betol gak kata cik pian kita sbb klu chatting program nih x der dlm disk kita , dia ringan ... p'nyebaran virus pn kureng ... utk sesaper yg pki netbook , leh r try guna chatting website ...

P/S : tgh release tension exam ... huhu

sufian said...

grafik memang kurang, send files pun tak boleh..tu antara sebab kenapa ia tak memberatkan komputer sangat..tapi virus kena hati2 juga

Post a Comment