Tuesday, March 31, 2009

Tips Lajukan PC - Versi 2


Ramai pengguna komputer fikir dengan upgrade hardware komputer boleh meningkatkan kelajuan komputer tersebut. Tetapi setelah komputer di upgrade, lama kelamaan komputer masih lembap. Terutama sekali semasa memulakan windows. Ia berkemungkinan besar adalah disebabkan terlalu banyak program perlu dijalankan semasa proses "start-up".

Maka, bagi memastikan program tertentu sahaja dijalankan semasa proses "start-up", kita boleh melakukan setting seperti di bawah:

1. Tekan button "Windows + R"

2. Taip "msconfig" dan klik OK . Box "System Configuration Utility" akan dibuka.

3. Klik pada menu "Startup".

4. Perhatikan senarai program tersebut. Program-program tersebut akan dijalankan sebaik sahaja anda Windows dibuka. Semakin banyak program, semakin lambat Windows dibuka. Lebih-lebih lagi program tersebut memerlukan penyambungan internet...

5. Apa yang anda perlu lakukan ialah kenalpasti dahulu setiap program yang anda ingin "disable" dari dijalankan semasa proses "start-up". Drag ruang "command" supaya anda boleh melihat direktori setiap program tersebut.


6. Pastikan anda tidak mengubah setting pada system program. Maka pilih program yang di bawah direktori "C:\Program Files\..." sahaja.

7. Untick pada program yang anda tidak perlu jalankan semasa Windows dimulakan.
Contohnya : ymessenger untuk yahoo messenger, adobe update, ...

* Pastikan juga anda tidak untick pada program antivirus dan program keselamatan yang seumpamanya.

* Perlu diingatkan, anda masih boleh membuka program-program ini. Cuma program ini tidak dijalankan semasa proses "start-up" sahaja. Hanya buka program semasa anda mahu

8. Klik "Apply" dan "OK".

9. Restart komputer.


Tips Lajukan PC Versi 1 di sini.



8 comments:

TyCo86 said...

selamat kembali bro..

sufian said...

thanks.. nanti bila berkesempatan, akan post artikel lagi

ghost_MaR said...

klu taip msconfig kt vista , der terus boot kn ...

P/S : sila ke blog beta sbb ad mslh s'bsr gajah utk ... lihat entry aswad gila then advice lh apa yg patot kt beta nih dato' bendahara oiii

sufian said...

ghost, saya dah comment di blog ghost

incik.keiroro said...

tips berguna bagi aku nih...

nnt aku cuba implementasikan kat laptop aku...

sufian said...

cuba dulu baru tahu..hehe

Anonymous said...

tetapi masalahnya bila klik run dan taip msconfiq tapi tak boleh dahtu ada cara lain tak.......

sufian said...

masalah msconfig tu memang banyak orang dah kena..sebabnya ialah ada virus / spyware dah masuk dan ubah setting registry..cuba update antivirus (avira / panda / ...) dan anti spyware (malwarebyte / ..), pastu scan dulu...

apa2 nanti bleh bagitau semula kat sini..

Post a Comment