Kelajuan komputer adalah antara ciri paling utama yang dikehendaki oleh setiap pengguna. Ini sudah tentulah kerana kita boleh lihat, setiap produk komputer yang terkini akan menitikberatkan kelajuan dan soalan yang kerap diaju oleh pengguna juga ialah kelajuan komputer tersebut. Pendek kata, jika komputer tersebut lembap, berkemungkinan ia kurang digunakan sekiranya ada pilihan komputer yang lebih laju.
Pada masa ini, saya dapati setiap komputer/parts komputer adalah di dalam kategori sangat laju jika hendak dibandingkan dengan komputer pada zaman 90an dulu. Jika dahulu kelajuan processor adalah berasaskan MHz (Megahertz), tetapi sekarang GHz (Gigahertz). Jika dahulu kapasiti RAM adalah sekitar 16MB (Megabyte), 32 MB ... tetapi sekarang 1GB (Gigabyte) paling kurang!
Tetapi masalah yang diterima oleh pengguna ialah komputer masih perlahan operasinya atau dengan kata lain - lembap! Sebenarnya terdapat berbagai punca dari masalah ini. Oleh itu, sekiranya kita menghadapi masalah tersebut, cubalah kita atasinya sendiri dahulu ok..
Antara sebab kenapa berlakunya keadaan ini ialah komputer kita sentiasa menjalankan program/services yang tidak kita perlukan. Apa yang perlu kita lakukan ialah tutup services tersebut dengan cara di bawah:
1. Taip kekunci Windows + R . Paparan Run akan dibuka.
2. Taip services.msc
Perhatikan semua services yang ada di komputer anda. Pada lajur status, "Started" bermaksud program tersebut sedang dijalankan dikomputer anda ketika ini.
3. Setkan pada manual atau tutup service yang tidak diperlukan double click pada service tersebut. Klik pada "Stop". Kemudian pada "Startup Type", scroll down dan pilih "manual" atau "disabled". Klik "Apply" dan klik "OK".
Tetapi sebelum itu, kita perlulah tahu apa fungsi setiap service tersebut. Jika tidak, baik anda abaikan kaedah ini. Di bawah ini adalah beberapa contoh services yang anda boleh setkan kepada "manual" atau "disabled" kerana saya rasa ianya tidak diperlukan:
.NET Runtime - MANUAL
Adobe LM Service - MANUAL
Alerter - alert sekiranya ada error - DISABLED
Apache* - kalau ada guna applikasi webserver apache
Application Management - MANUAL
ASP.NET State Service - MANUAL
Ati*** - boleh digunakan sekiranya anda menggunakan graphic card ATI
Automatic Updates - boleh digunakan sekiranya anda menggunakan Windows Ori :p
Background* - MANUAL
Clipbook - applikasi clipbook - DISABLED
Cryptographic Services - fungsi encryption windows - DISABLED
Error Reporting Service - fungsi menghantar error ke Microsoft - DISABLED
Event Log - log setiap error (penting untuk server)
Fast User Switching* - Switch User, lebih baik DISABLED jika RAM rendah
FTP* - applikasi FTP - DISABLED
Help and Support - DISABLED
HTTP SSL - MANUAL
Human Interface Device* - DISABLED
IMAPI CD-Burning COM* - MANUAL
Indexing Service - DISABLED jika tidak suka guna "Search Files..."
InstallDriver Table* - MANUAL/DISABLED
IPSEC Services - MANUAL
Messenger - Applikasi "net send", ada security hole juga - DISABLED
MS Software Shadow* - MANUAL
Net Logon - Applikasi login melalui Domain Controller
NetMeeting Remote - Membenarkan komputer di remote - DISABLED
Network Provisioning* - DISABLED
NT LM Security* - DISABLED
NVidia* - boleh digunakan sekiranya anda menggunakan graphic card NVidia
Office Source* - digunakan sekiranya MsOffice corrupt (ganti CD) - MANUAL
PHP* - jika guna applikasi PHP
Portable Media Serial* - MANUAL
Print Spooler - hanya digunakan jika ada printer
Protected Storage - DISABLED
Remote Desktop Help* - Bantuan remote dari Micrososft - DISABLED
Remote Registry - (security hole) - DISABLED
Removable Storage - MANUAL
Routing and Remote Access - MANUAL
Secondary Logon - DISABLED
Security Center - DISABLED
Server - MANUAL
Smart Card - applikasi smart card
Telnet - applikasi telnet - DISABLED
Terminal Services - berkaitan remote desktop - DISABLED
Unterruptable Power* - applikasi UPS
Universal Plug n Play - MANUAL
Windows Media Connect - Applikasi untuk MP3/iPOD/...
Wireless Zero Configuration - jika guna wireless
WMI Performance Adapters - MANUAL
Workstation - MANUAL
Diingatkan juga supaya anda tidak menutup service antivirus yang anda gunakan. Tips seterusnya akan menyusul kemudian...
Tips Lajukan PC Versi 2 di sini.
Tuesday, January 13, 2009
Tips Lajukan PC - Versi 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
cool thanks !
yup...bagus2...pc aku mmg slow giler...
good tutor!
thanks bro..
aku hairan napa bro komen kuor bende tu ??
member lain x de .. camne yek ?
knizam, amoi, e, krasz batu - thanks, insyaAllah..tips akan ditambah nanti..
krasz batu - sori, silap kot.. takde pulak bila buka lagi...tak pasti le mana blog yg aku bukak tu akan kuar popup iklan..
huhuh ...
tips yg bagus utk beta lbh giat m'godeh aswad ...
waaa...memang bagus tips ni.
tenkiu sufian.
saya dah dapat ilmu baru hari ni.
arigatoooo
Jangan tersilap disable service sudah. Nanti pening.
info yang bagus..tapi nak tambah sikit..better check startup computer..taip msconfig..itu pun memainkan peranan penting jugak..
ghost_Mar - amende aswad tu? batu ke? hehe..
PakarHowTo, selinap - aaa..betul tu, hati2 pilih services tu..
Shaffik - errr.. memang tu antara perkara yang akan diterangkan di versi seterusnya nanti..hehe
Sy penah diajar delete cookies temporary files..tapi bukan kat internet option tu...guna start run ke apa lupa...(kat situ kita boleh lihat balik apa yg kita layari sebelum ni)..anda tau ke kat mana tu..cara dia..?
romli daud -
guna tools ke? ccleaner kot...
Kalu reti boleh delete kat registry file..
Tak pun terus gi kat C:\Documents and Settings\(nama user login)\Local Settings\Temporary Internet Files ..
Betul, temporary files pun boleh menyebabkan komputer jadi slow sedikit, tapi tak ketara sangat melainkan kita dah lama sangat tak clear..
tapi selalunya temporary internet files/cookies ni di clear atas sebab keselamatan pc... sebab maklumat session login/password juga ada disimpan disitu..(tetapi selalunya diencrypt)
Kalau delete Temporary Internet Files tak menjejaskan PC kan..?
ye, tak menjejaskan PC. salah satu tujuan temporary internet files tu ialah untuk lajukan capaian website yang kita pernah buka.. jadi selepas kita delete temp internet files tu, website yang kita buka semula akan download semua files yang terlibat.. slow sikit sebab nak download semua, tapi tak ketara sgt
Post a Comment