Saturday, January 3, 2009

Domain di GoDaddy, Hosting Berbeza

Buat masa ini, saya dapati registrar domain yang termurah ketika ini ialah GoDaddy. Namun, pakej hosting di GoDaddy pula adalah kurang menarik, tambahan pula harganya mahal sedikit dan capaiannya sangat lambat.

Saya pasti ada yang berminat untuk mendapatkan domain di GoDaddy tetapi telah menyewa hosting yang lain, contohnya di Hostgator.com, esurge.net, cubiex.com dan lain-lain. Sebenarnya saya pun mempunyai masalah yang sama. Saya telah mendaftar hosting di hostgator, tetapi tetap membeli domain di GoDaddy kerana harga domain di GoDaddy lebih menguntungkan saya. Apa yang boleh lakukan ialah membuat sedikit setting seperti saya terangkan seterusnya.

Sebelum itu, kita perlu faham tugas DNS (Domain Name Server) atau dikenali sebagai name server ialah untuk menyediakan perkhidmatan menukar nama domain kepada public IP Address. Ini kerana manusia hanya mudah mengingati domain, tetapi komputer menghantar data ke server destinasi berdasarkan public IP Address. Contoh yang mudah untuk di faham ialah manusa mengingati google.com tetapi tidak ingat IP Address, apabila manusia membuka website google.com, maka DNS server akan menukar google.com kepada IP 72.14.205.100
supaya kita boleh membuka google.com .

Bagi contoh di bawah, adalah langkah yang boleh anda lakukan untuk direct domain dari GoDaddy ke hosting yang berasingan. (Saya lakukan untuk direct domain saya di GoDaddy ke hosting saya di Hostgator):

1. Email/Chat dengan support staff di syarikat hosting anda untuk bertanyakan name server hosting anda.

2. Setelah mendapat name servers hosting, anda boleh buka website GoDaddy.

3. Login akaun GoDaddy dan pilih menu Domain>Domain Management.

4. Tick pada domain yang dipilih, klik pada icon "Nameservers". Pilih pilihan "Custom nameservers (I host my domains elsewhere)."


5. Tukarkan nameservers anda kepada nameservers hosting anda. Klik OK. Satu email akan dihantar kepada anda memaklumkan status nameservers terkini.

6. Logout GoDaddy. Buka website anda..

Anda boleh cuba buka website saya Sufian.info, domain ini letaknya di GoDaddy tetapi hosting di Hostgator.

Tetapi anda perlu tahu risiko yang mungkin anda terima dengan melakukan kaedah ini, iaitu:

1. Website anda tidak boleh dibuka sekiranya server GoDaddy bermasalah/down.

2. Website anda lambat sedikit dicapai berbanding sekiranya anda meletakkan domain di lokasi hosting yang sama. Namun, ia tidaklah ketara lebih-lebih lagi jika anda menggunakan hosting berlokasi di US.


Artikel lain yang berkaitan:
- Promosi Domain RM4 setahun
- Webhosting Pilihan Saya - Hostgator






11 comments:

Anonymous said...

aku beli kat cubiex.com sbb byk promotion...and promotion aku dpt adalah domain free selagi aku sewa hosting dia...so aku just perlu bayar tiap taun rm60 utk complete package...tapi bg aku sql agak limited..tu ja prob..lain ok

Krasz bAtu said...

x penah terfikir nak guna hosting cam ni
but kalau murah cam ni dah terlintas di fikiran..
bro leh bagitau x apa lagi kelebihan guna paid hosting ni

Anonymous said...

senapang - ok le tu, kalu pakej bagi domain sekali.. sql tu pun depends pada memasing.. macam aku ni guna hostgator, mahal domain lak USD15 domain setahun.. tu yg beli kat godaddy

krasz batu - hosting kita tak boleh cari yg termurah jer, sebab pakej lain2.. tapi kalu domain sama jer, tu yg cari termurah.. kalu dapat free macam senapang tu, lagi elok.. kelebihan hosting tu akan cuba diterangkan nanti selepas aku aktif menggunakannya ok..

Anonymous said...

selamat tahun baru..nice info thanks :)

Calipso said...

Ya Pian GoDaddy yang paling terkenal di US, kebanyakkan guru internet rekomen godaddy...

hostgator pun ok salah satu yang popular jugak..

Anonymous said...

pian,follower ko makin ramai,blog makin meriah tapi aku kebelakangan ni rasa mcm mls je nk update..letih

Anonymous said...

postbebas - thanks..

calipso - aku bukan taknak support produk malaysia, tapi bab2 hosting ni aku cerewet sket.. sebab tu ambik pengajaran dari orang lama.. ni satu sebab antaranya -> http://www.rihayszaini.com/Teknologi/Antara-Kehilangan-dan-Exabytes.html

E - err.. adakah yg ko maksudkan itu sebenarnya aku..huhu

Anonymous said...

E - aku rasa macam ayat malas tu kena kat aku jer..hehe, biasala tu.. ada masa mesti rilex kejap.. ada masa bz.. tapi jangan hilang terus ok..

Anonymous said...

Salam, I bought 2 domains from godaddy and hosted by a local company rawanaz.com. It was smooth running for sometime or so until 2 weeks ago when rawanaz change their firewall setting. The 2 websites always down! I am still furious because till today they have not solve the problem. My main website (which is hosted by US server never give me problem. So you guys tell me which server is better? Local or oversea?

Anonymous said...

zaizab - emm.. i think we have the same answer..

Anonymous said...

sufian..ajar aku mcm mana nak beli domain dan set domain ..ym/email |blitz5755@yahoo.com|

Post a Comment