Wednesday, April 22, 2009

Cara Mencegah Windows XP Non-Genuine Error

Saya telah menceritakan kaedah untuk mengatasi masalah Windows XP Non-Genuine error sebelum ini di sini. Tetapi ada yang berjaya menggunakannya, ada juga yang tidak berjaya. Saya pernah mengatasinya hanya dengan langkah 1 - 6 sahaja sebelum ini, lama-kelamaan cara tersebut tidak menjadi lagi. Kemudian kena tambah langkah 7 pula.

Ini adalah berkemungkinan disebabkan setiap kali WinXP kita diupdate, secara tidak langsung patch terkini dari Microsoft juga di patch pada WinXP komputer kita. Jika patch terkini tersebut akan menyebabkan kita tidak boleh membuang error non-genuine tersebut, terpaksa cari cara lain pula untuk mengatasinya. Namun jika tak berjaya juga, maka terpaksalah kita format dan install semula WinXP. Atau kita beli Windows original! Sungguh bijak marketing strategy dari Microsoft!

Bagi tenaga pengajar kursus install sebegini pula terpaksalah mencegah dari berlakunya error tersebut. Kalau tidak, letihlah pulak..hari ni install, esok install lagi.. bila pula nak masuk ke tajuk yang baru. Anda boleh ikuti cara mencegah Windows XP Non-Genuine error tersebut seperti di bawah:

1. Buka Start>Settings>Control Panel


2. Pilih Automatic Updates. Pilih "Turn Off Automatic Updates". Klik OK.


3. Control Panel>Security Center. Klik pada "Change the way Security Center alerts me".


4. Untick pada"Automatic Updates". Klik OK. Dengan tidak memilih pada pilihan ini, maka pop-up arahan supaya update tidak akan muncul.

5. Control Panel>Firewall. Untick pada "Remote Assistance". Klik OK.


6. Control Panel>System. Pilih tab "Advanced". Klik pada "error reporting". Pilih "disable error reporting". Klik OK.


7. Pergi ke Start>Run... . Taip "services.msc". Klik pada servis "Automatic Updates...".



8. Klik pada "stop" untuk stop program tersebut. Pada "Startup type", pilih disable.






5 comments:

Kill-Vearn said...

kenapa tak guna aje perisian dalam post aku ni... belum cuba belum tahu.. jom usha:

http://killvearn.com/blog/windows-xp-not-genuine/

sufian said...

post kali ni untuk mencegah terjadinya error, sebelum ni post mengenai cara mengatasi error ni http://sufianpc.blogspot.com/2009/04/mengatasi-windows-xp-non-genuine-error.html

thanks.. boleh tambah koleksi remover.. hehe

e said...

emmm...

Pieee said...

thank's untuk berkongsi maklumat

sufian said...

gunakan maklumat tu untuk kebaikan :)

Post a Comment