Wednesday, April 8, 2009

Mengatasi Windows XP Non-Genuine Error


Pada masa ini, Windows XP tidak dikeluarkan lagi (boleh rujuk artikel sebelum ini di sini). Sebagai pengguna, saya juga faham bahawa kadangkala kita masih perlu menggunakan Windows XP walaupun kini Microsoft telah beralih kepada Windows Vista dan seterusnya...

Ramai rakan-rakan ingin tahu bagaimana untuk mengatasi error "Windows XP Non-Genuine detected". Kepada izwan dan fosilmitra, sila gunakan kaedah yang saya terangkan ini.

1. ON komputer dan buka windows dalam paparan "safe mode".
Bagi sesiapa yang tidak mengetahui cara memasuki "safe mode". Sila tekan button F8 semasa mulakan komputer. Kemudian senarai menu safe mode akan terpapar. Pilih "start computer with safe mode".

2. Buka MyComputer. Kemudian pergi ke menu "Tools" dan klik pada "Folder Options...".


3. Klik pada tab "view". Kemudian tick (pilih) pada "Show hidden files and folders".


4. Kemudian drag ke bawah lagi dan lihat pada "Hide protected operating system files (Recomended)". Untick (tidak memilih) pada pilihan ini.


5. Klik OK.

6. Kemudian buka pula direktori "C:\Documents and Settings\All Users\Application Data\Windows Genuine Advantage\data".
Sila delete semua file yang ada di dalam folder tersebut. (Jika anda ragu-ragu, sila backup dulu files tersebut ke folder lain terlebih dahulu).


7. Kemudian buka direktori "C:\WINDOWS\System32". Lihat file WgaTray.exe .
Rename file ini kepada nama lain. Contoh: WgaTray2.exe .(Jika anda ragu-ragu, sila backup dulu file ini ke folder lain terlebih dahulu)


8. Restart komputer anda.


Sekiranya anda baru install Windows. Anda boleh elak terjadinya error sebegini pada akan datang. Caranya terdapat di sini.

Sekiranya anda masih menghadapi error yang sama, sila berikan komen atau gunakan "windows xp non-genuine remover" di sini.

Diharap tidak salah faham mengenai mengapa saya post artikel ini, saya hanya membantu. Terpulang pengguna sendiri untuk menilainya. Senang cerita gunalah open source.. hehe

Artikel Ustaz Zaharuddin berkenaan hukum menggunakan perisian cetak rompak, di sini.




12 comments:

SyaFia said...

kalau dia tak bagi nak rename macam mana?

sufian said...

cuba rename tanpa masuk safe mode, pastu cepat2 reboot.. takpun guna remover saya bagi nanti

SyaFia said...

sebab ada client yang kene ni.. so nak rename macam tak dapat je..

sufian said...

boleh bagi email, saya emailkan remover dulu.. password filedropper tertinggal pulak

Acik fosilmitra said...

Salam sufian... acik baru baca artikel kamu nie, insyaallah sabtu nie acik try buat... Kalau ada pape, acik msg kat sini semula ek. TQ byk mmbantu.

lang aka nwa said...

Nice info dude

Teruskan usaha murni nie ye :)

TyCo86 said...

betul tuu bro haram guna pirate..

sufian said...

syafia/fosilmitra - kalu tak ok gak,
cuba rename file winlogon.exe kepada winlogon2.exe juga di direktori C:\Windows\System32 ...
link remover juga saya dah letakkan di atas

lang aka nwa - sekrg tgh tunggu pakej promosi dari streamyx, kalu dah guna streamyx nanti, insyaAllah akan update lebih kerap

tyco86 - betul, tapi macam kes saya ni nak ajar kursus install windows.. pastu format balik, pastu tukar hardware, pastu install balik.. kalu guna original tak mampu la pulak.. (rasa macam microsoft patut bagi komisen lak sebab selalu promote windows.. :p )

senapang said...

aha, good info bro..

bagus blog nih, byk btul tut yg best2..

aku dulu penah gak kne..pakai WGA remover setel..

tapi blaja manual pon besh jgk..

p/s: harap lepas nih dpt blaja tut bash dr abg sufian plak..huhu

sufian said...

kalu boleh setting lagi best, sebab dapat ilmu baru..

ps: bash linux ke? tak berani nak cite lagi le pasal linux ni..

Lanun Selat Melaka said...

pian.. hang cadangkan instun pakai linux

hang sebagai ketua programmer dia

aku yakin pasti berjaya

sufian said...

huishh..sapa lanun ni? aku bukan ketua programmer lah..nak buat program pun tak reti!

aku dah cuba cadangkan sebelum ni, tapi mentaliti pengguna dan pandangan bosses buat aku tensen je..maklumla aku ni staff bawah je..selalu jawapan pengguna - "susah". selalu jawapan bosses - "sapa nak maintain kalu staff it sekarang pindah, confirm ke staff baru nanti boleh maintain??"

aku memang respect macam kat majlis bandaraya melaka, uum terengganu (tak pasti)..staff IT sana bleh tackle boss supaya yakin dengan open source (inilah kelemahan aku..)..sekarang dah hampir 100% guna.. long term senang, duit jimat

Post a Comment