Peraturan G:
Ditujukan khas kepada mereka yang menggunakan internet untuk urusan peribadi ketika waktu bekerja.
***********************************************************************************
MEMO KEPADA SEMUA STAFF
Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat
ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya
ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana
mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara
stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu
boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam
tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas
selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya
tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan
menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan
menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ
yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan,
73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga
penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan,kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
******************************************************************************
Sumber: Email dari kawan...
Sunday, November 30, 2008
Peraturan Baru 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
memang la sgt lawak!! he33!!
woh, ni Yahudi punya company ke aper ni? Haji Bakhil and co kot
hahaha... lawak2...
salam singgah...
yerp...
sgt lawak...
dapat hiburkan jiwa yang sakit ni..
nice~
kah3...lawak2...terhibur gak aku time sepi2 camnih..ahak3
nasib baik opis aku tak macam ni.. :)
Post a Comment