Thursday, November 6, 2008

Bagaimana Membuang virus (kernel.dll.vbs)

Kebiasaannya jika saya hendak mendapat maklumat mengenai cara untuk membuang virus, saya akan taip "Remove Win32/(nama virus)" di google. Contoh - remove win32/angelina. Ini kerana setiap virus mempunyai karakternya masing-masing dan perlu kaedah tertentu untuk membuangnya.

Tetapi sekiranya anda tidak tahu/pasti nama virus tersebut, cuba ikuti langkah di bawah:

1. update signature/pattern antivirus (pastikan anda betul-betul update antivirus terkini)
- dengarnya, untuk virus kernel.vbs.dll ni, antivirus kaspersky yang dapat detect dulu. Tapi sekarang ni, rasanya hampir kesemua antivirus telah update signature virus ni...

2. update patches Windows (pastikan anda gunakan Windows ori sebelum update)

3. cabut network (mengelakkan virus yang merebak melalui network)

4. scan antivirus dan clean virus yang dijumpai

5. Install "ninja pendisk" seperti yang saya terangkan di sini.

6. a) paparkan "hidden files" dengan cara
buka MyComputer>menu - Tools>Folder Options...>tab - View
Klik pada "Show hidden files and folders" seperti di bawah dan klik OK.



b) "search" keseluruhan hard disk bagi file autorun.inf dan delete files tersebut
(untuk membuang kesan automatik "autorun" dari virus-virus tertentu)



ps: ada juga kaedah untuk scan antivirus dari bootable cd (belum diterangkan lagi).

0 comments:

Post a Comment