Media yang biasa digunakan pula ialah magnetic tape yang dipasang pada Overland Storage. Data di server-server diback-up secara automatik dan pantas. Sebagai peringatan, walaupun anda menjalan proses back-up ini dengan baik, namun pastikan anda pernah menjalankan pengujian recover semula data yang telah diback-up. Tiada gunanya ada back-up data setiap hari, tetapi apabila berlaku kerosakan/kehilangan data diserver, anda gagal untuk recover semula data yang telah diback-up.
Back-up selalunya mudah dilakukan. Tetapi adakah kita melakukannya? Kalau kita katakan hasil kerja kita sangat penting, tetapi back-up hasil kerja kita adalah lebih penting. Ini pernah terjadi kepada senior saya semasa belajar dahulu, pada minggu terakhir sebelum dia membuat pembentangan thesis, komputernya telah diserang virus setelah membuka website MSN sahaja!!! Kemudian, hard disk pula tidak boleh digunakan lagi. Lebih
Bagi pelanggan/kakitangan pejabat kita, jangan lupa untuk bertanya dimana lokasi data yang perlu diback-up. Jangan selamba sahaja format/selenggara komputer tanpa bertanyakan kepada tuan punya komputer terlebih dahulu. Pernah terjadi seorang juruteknik yang menyelenggara sebuah laptop yang digunakan oleh peguam. Juruteknik ini mengosongkan "Recycle Bin" di dalam laptop tersebut seperti tugasan penyelenggaraan yang biasa dilakukan. Rupa-rupanya peguam tersebut menyimpan maklumat sulit kerjanya di dalam "Recycle Bin". Data hilang, juruteknik pula dipersalahkan. (Sudah tentu juruteknik tu dipersalahkan kerana peguam mengeluarkan hujah-hujah yang kuat - "Kalau awak ada maklumat sulit, perlu tak awak simpan di tempat yang orang lain tak akan sangka maklumat disimpan disitu? Huh!! ) .No komen.
Proses back-up di syarikat/jabatan pula biasanya menggunakan produk khas untuk back-up. Contohnya produk Arkeia, Commvault, HP Openview, Bacula dan lain-lain.
Friday, September 12, 2008
Back-up Data Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment