Tuesday, October 28, 2008

Error Message : NTLDR is missing


Seorang rakan bertanya mengenai laptopnya yang keluar error seperti di bawah:

NTLDR is missing
Please Press Ctrl+Alt+Delete to ...

NTLDR (NT Loader) ialah file yang diperlukan untuk menjalankan proses boot Windows.

Biasanya saya jumpa error ini pada komputer lama. Kebiasaanya adalah disebabkan kerosakan cluster hard disk atau partition hard disk. Ini menyebabkan file tersebut rosak atau hilang.

Adalah disarankan supaya anda tidak format komputer tersebut, cuma ikuti langkah-langkah berikut.

Penyelesaian 1:

Copy files "ntldr" dan ntdetect.com" dari komputer lain yang ok dengan menggunakan pendrive. Kemudian pindahkan file tersebut ke dalam komputer yang rosak tadi dengan menggunakan bootable distro (cth: knoppix, slax, ...). Kemudian reboot komputer.



Penyelesaian 2:

Boot komputer menggunakan CD Windows, pilih menu yang berkaitan sehingga keluar pertanyaan samada anda hendak install windows atau repair windows? Tekan "R" untuk pilih repair windows (repair with console command).

Kemudian tekan "1" dan seterusnya masukkan password Administrator. Dengan andaian bahawa pendrive anda di drive e:\ , taipkan arahan DOS di bawah:

copy e:\i386\ntldr c:\
copy e:\i386\ntdetect.com c:\

Reboot komputer.



Penyelesaian 3:

Boot komputer menggunakan CD Windows seperti kaedah tadi. Tetapi pilih menu install windows. Sehinggalah anda dapat melihat menu partition pada hard disk dan kelihatan drive C:\ adalah drive yang dikhaskan untuk system partition.

Pilih drive C:\ tersebut (dengan hightlight partition tersebut). Anda diberi pilihan untuk repair atau install windows pada partition tersebut. Pilih "R" untuk repair. Kemudian tunggu sehingga habis proses menyalin semula system files dari CD Windows ke dalam hard disk dilakukan.

Reboot komputer.









0 comments:

Post a Comment