Friday, November 28, 2008

Promosi Domain RM4

Jika anda sedang mengintai domain yang anda minati, pastikan anda rebut peluang ini segera. Saya pun tidak tahu bila promosi ini akan berakhir.

DOMAIN USD1.99/year = RM4/setahun

Ya ke? Ya.. Saya baru sahaja membeli domain dari GoDaddy.com. Cuma anda perlu tahu promosi ini hanya ditawarkan sekiranya:

1. Anda Hanya membeli 1 domain/yr.
2. Anda menggunakan kupon "99DOMAIN".
3. Hanya domain ".com" .
4. Selagi promosi ditawarkan.

Saya tidak pasti samada promosi ditawarkan kepada pelanggan yang belum pernah membeli produk GoDaddy.com atau tidak..

Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk membeli domain:

1. Buka website GoDaddy.com.
Klik "Buy Now" pada promosi ditawarkan (seperti gambar di atas)

2. Pilihan produk-produk lain dipaparkan. Hanya klik sahaja salah satu produk. Tidak mengapa jika anda tidak berminat dengan produk ini. Nanti akan diterangkan cara untuk tidak memilihnya. Anda mesti klik salah satu produk ini untuk pergi ke halaman seterusnya.


3. Anda sekarang berada di halaman "Shopping Chart". Pada halaman ini anda boleh buang pilihan produk tambahan tadi dengan klik "remove" button pada produk tersebut. Pastikan sekarang anda hanya membeli domain sahaja.


4. Masukkan promo code "99DOMAIN" (tanpa tanda "").

5. Klik cara pembayaran yang anda inginkan samada paypal, credit card dan lain-lain. Saya sarankan anda menggunakan paypal supaya transaksi lebih selamat dan cepat.

6. Kemudian klik ke halaman seterusnya dan isikan maklumat yang berkaitan. Setakat ini saya yakin anda tahu langkah seterusnya...


Saya telah pun membeli domain www.JomHebah.com . Saya akan maklumkan sekiranya saya telah bersedia menukar blog ini ke alamat blog yang baru ok.. :)

Rujukan: ohmalaysiaku.com (terima kasih omalaysiaku)




18 comments:

Anonymous said...

wooooh, murah sangat nih...reliable ke tak nih, tapi buleh try dulu

Anonymous said...

so bila nak hosting blog sendiri nih?

sufian said...

etomyam - goDaddy ni memang selalu buat promosi, tapi tak tahu nak jangka bila
shaxx - dalam proses.. insyaAllah tahun depan launching.. hehe

Anonymous said...

haih.. memang dia ada kerap promosi, tapi mcm mana nak beli??? sbb dia guna USD Currency..

Anonymous said...

beli guna internet cam biase jer..paypal je senang..kira RM4 hampir sama la ngan USD1.99 ..dok gitu?

Anonymous said...

huhu.. betul tapi mcm mana nak transfer duit dari bank malaysia ke paypal??

mmg x reti la broo..

boleh beri tunjuk ajar??
ehehe

Anonymous said...

nikubes,

1-ko click kat logo paypal kat atas blog aku tu..

2-register (tapi kena ada kad kredit la..lagi satu pasword tu jangan sama2 dengan mana2 password utk keselamatan)

3-nanti ko akan dapat email supaya verify registration ko..

4-bila dah verify, duit pendaftaran akan direbet semula dalam akaun ko..

5-aku yakin ko boleh nampak menu "withdraw.." utk keluarkan duit ke dalam kad kredit..menu "transfer.." utk pindah duit ke akaun lain..

kalau buat apa2 pembelian, nanti semasa pembayaran klik je logo paypal utk bayar guna paypal..

jangan lupa tengok caj yg dikenakan..eloknya tunggu dah byk income baru "withdraw" ke kad kredit..

cerita pasal paypal yang lain ada di sini-> http://sufianpc.blogspot.com/2008/11/secure-third-party-transaction.html

kalau tak faham boleh tanya balik..

Anonymous said...

hum nampaknya kena ada kredit kard..
kredit card ape yg support?

Anonymous said...

aku guna bank islam..yg aku tau maybank, ambank memang support..try le dulu..tapi bank nasional giro tak bleh kot..

cuma kalu guna kad kredit bank islam..kena call toll free bank islam dulu, sebelum buat transaction ke oversea..bank islam block untuk keselamatan kecuali kita yg request..

Anonymous said...

sufian ada YM ke MSN?
nak tanya lebih lanjut..

email me - hamizan.hazwanex{at}gmail.com

Anonymous said...

Oo..nanti saya email k..(macam penting je bunyinya :-) )

happysus said...

Masalahnya kalau beli domain murah. Kena beli hosting dari merekakan??

Thank. for your comment in my blog
happysus.blogspot.com

Anonymous said...

happysus - tak perlu, site aku jomhebah.com , domain godaddy, hosting kat hostgator.. ok jer.. cuma kat godaddy kena setting dns hostgator jer..

Anonymous said...

Saya rasa promosi 99DOMAIN sudah tidak valid lagi. Saya pernah try arituh, tapi dah tak boleh dah. Tak tau lah kalau dia bukak balik promosi tu...

Anonymous said...

rahsia komputer dan internet - lupa nak bagitau, promosi ni hanya untuk sesiapa yang belum mendaftar dengan godaddy..maksudnya 1st time mendaftar baru boleh layak guna promosi ni..

tapi kalu nak guna trick boleh jugak..bagi sesiapa yang memang dah ada akaun godaddy, create le satu akaun baru utk layak guna promosi tu..hehe

Anonymous said...

PENGUMUMAN - KUPON TERBARU 2009 BOLEH DIDAPATI DI SINI - http://www.rohaizad.com/2008/12/27/2009-godaddy-promo-code-and-coupon-list/

Anonymous said...

bro pian? yg domain rm4 utk sepanjang hayat ke rm4? ke just time tahun pertama jew then tahun yg berikut nya ikut harga asal?

Anonymous said...

senapang - tahun pertama jer..tu aku rasa paling murah yg pernah aku jumpa..tahun seterusnya $9.99 setahun rasanya..

Post a Comment