Thursday, November 6, 2008

Ciri Keselamatan Komputer


Biasanya saya ada "checklist keselamatan" dalam kepala saya sekiranya melihat satu-satu komputer menggunakan Windows, iaitu mesti ada:

1. Antivirus
- untuk mengelakkan komputer dari serangan virus/worm. Kalau PC dirumah, ambil sahaja antivirus percuma dari internet (avast, avg, banyak lagi).

2. AntiSpyware
- untuk membuang segala perisian/program tersorok di dalam komputer anda. Program ini akan mengambil maklumat rahsia anda dengan mudah je. Antara kegiatan spyware ni ialah mencuri maklumat setiap apa yang anda taip/buat, boleh jadi password maybank anda, boleh jadi senarai email rakan anda, apa-apa saje...
saya cadangkan anda guna SpyBot kerana saya rasa itu sahaja perisian antispyware yang betul-betul ikhlas (hanya minta derma untuk membangunkan perisian, bukan bayaran) .. kerana ada juga antispyware yang membuang spyware, tetapi meletakkan spyware darinya sendiri!

3. Signature terkini/pattern antivirus
- menurut fakta, setiap hari akan ada virus baru dicipta oleh penggodam (hacker/cracker). Oleh itu, syarikat yang mengeluarkan antivirus sentiasa update dengan virus-virus baru supaya virus-virus baru ini dapat kesan. Oleh itu, bukan sekadar anda telah install antivirus, tetapi anda MESTI update antivirus tersebut supaya virus baru yang memasuki komputer anda dapat dikesan dan dibuang. Bukan susah pun, update sahaja antivirus anda sekarang sambil baca blog ni...

4. Update patches/service pack
- saya telah menerangkan pada artikel sebelum ini.

5. Firewall yang diaktifkan
- untuk mengelak penggodam dari menceroboh komputer anda. Boleh juga install firewall tambahan selain daripada firewall yang sediaada di dalam Windows. Contohnya ZoneAlarm.

2 comments:

Anonymous said...

good list

sufian said...

"beringat sebelum kena" :)

Post a Comment