Sunday, December 14, 2008

Webhosting Pilihan Saya - Hostgator



Lama juga saya tinjau-tinjau webhosting berbayar yang sesuai dengan kehendak saya. Kalau boleh, biarlah yang sesuai dengan keperluan jangka masa panjang. Domain saya telah pun dapatkannya di GoDaddy yang telah diterangkan di sini. Sekarang perlu ada webhosting pula untuk meletakkan segala keperluan website yang akan saya bina nanti. Harga juga merupakan perkara penting yang saya utamakan, tetapi biarlah sesuai dengan keperluan.

Antara ciri-ciri yang saya perhatikan ialah:

1. Uptime 99%

- Saya telah menggunakannya, rasa macam tiada down langsung!

2. Capaian website yang laju


- Saya mahu hosting yang pantas dicapai oleh serata dunia. Walaupun ia bukanlah bergantung kepada hosting semata, tetapi hosting juga adalah salah satu penyebabnya. Saya rasa ia penting kerana saya tidak suka membuka website yang lambat untuk dibuka, begitu jua orang lain... Terdapat banyak cara untuk menguji kepantasan website, antaranya ialah:

a) Stopwatch (clear cache browser terlebih dahulu)
b) Host-tracker.com (boleh melihat masa capaian di negara lain)

Lebih-lebih lagi bagi anda yang ingin membuat perniagaan di seluruh dunia, saya sarankan anda pilihlah hosting yang pantas. Ramai peniaga-peniaga internet juga telah menggunakannya. Walaupun nampak kecil perbezaan kelajuannya, tetapi mungkin boleh memberikan keuntungan yang lebih kepada anda. Mungkin pembeli akan seronok membuka website anda yang boleh dibuka hanya dengan 5 saat!



3. Ada promosi

- Sudah tentu saya inginkan hosting yang menawarkan harga promosi. Lagi murah lagi bagus!

Bagi pembeli hostgator akan diberi kupon diskaun/percuma 20% (Kupon berubah-ubah.. boleh email pada saya untuk mendapatkan kupon terkini)



4. Unlimited!

- Lihat sajalah pakej di atas. Unlimited Space! Unlimited domain! Unlimited Email Inbox! Lain-lain anda boleh lihat sendiri...



5. Support/Bantuan

-Antara ciri bantuan yang diberikan ialah:

a) Toll Free - saya pernah menghadapi sedikit salah faham pada mulanya, kemudian dengan hanya menelefon toll free, semua settled.
Ehh..jangan salah sangka, saya tidak menggunakan telefon rumah ok..saya gunakan Skype.. kan percuma :)

b) Email - setakat ini maklumbalas yang diterima adalah dalam tempoh 24jam.

c) Live Chat - setakat ini maklumbalas yang diterima memang menjawab soalan. 24 jam/hari servis chatting dibuka untuk pelanggan. Belum daftar pun boleh chat ok!

5. Free Domain Transfer

- Memang inilah yang saya cari kerana saya perlu pindahkan domain saya dari godaddy ke hostgator..Sebelum itu diingatkan, hanya pindah domain pertama (primary) untuk hosting sahaja adalah percuma.
-Sekiranya telah sedia ada domain di hosting hostgator, dan ingin juga melakukan domain transfer, maka bayaran $15 dikenakan.
-Oleh itu, saya lebih cadangkan anda "change domain", bukannya "transfer domain" sekiranya telah sedia ada domain di hostgator, kerana dengan "change domain" anda hanya dikenakan $5 sahaja. Contohnya hosting di hostgator, tetapi domain masih di GoDaddy.
-Perlu juga diberitahu, anda diberikan tempoh 10 hari untuk melakukan bayaran, sekiranya lewat dari 10 hari, maka "late fee" dikenakan iaitu sebanyak $10.


Cukuplah tu setakat ini, sebenarnya banyak lagi kelebihan yang saya perhatikan contohnya free site builder, unlimited database, 99.9% uptime guarantee, 45 days money back guarantee, autoresponds email dan lain-lain lagi.


Sekiranya anda rasakan maklumat saya bermanfaat untuk anda dan ingin mendaftar hosting di hostgator, silalah klik di sini untuk mendaftar. Terima kasih saya ucapkan.

*********************************************************************************


Namun ia terpulang kepada anda, pilihlah mana yang sesuai. Cuma sekiranya anda seperti di bawah:

1. Capaian pantas untuk pengunjung di sekitar Malaysia dan negara berdekatan.
2. Hanya menggunakan 1 domain dan tidak akan menambah domain lagi.
3. Tidak memerlukan saiz simpanan data yang besar.
4. Harga sangat murah.

Maka, saya sarankan anda menggunakan webhosting DataKL di bawah:



Boleh daftar datakl di sini.

7 comments:

Anonymous said...

belum confident nak host jauh2.. hehe...

Anonymous said...

aisehh..segan lak rasanya..hehe

Unknown said...

kunjungi forum komunitas it terbesar dilampung
http://itlampung.com

Anonymous said...

laju ke klu amik host dari oversea?

aku pon tgh mencarik2 host2 yg menarik2 nih..maceh for tha info ya bro :)

Anonymous said...

yg aku tau..godaddy domain dia murah, tapi hosting slow..kalau hostgator ramai yg guna salah satunya sebab laju...aku pun refer pada ramai affiliate guna hostgator..bila try pun ada betulnya..test le dulu mana2 website yg guna hostgator

Anonymous said...

Salam Sufian,

Post yang sangat berinformasi. Sejak 3 tahun yang lalu saya menggunakan perkhidmatan webhosting dari Hostmonster. Selain daripada harganya yang murah, ia juga menepati citarasa yang anda nyatakan diatas. Saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah seperti server down atau sebagainya selama saya menggunakan hostmonster.

Namun Hostgator nampak gayanya murah dan bagus juga. Boleh saya try selepas ni untuk website-website saya yang lain.

Anonymous said...

rahsia komputer dan internet - salam..saya pun baru guna 5 bulan..tapi buat masa ni tiada masalah..kalau ada pertanyaan pun memang cepat respond nya...

tapi dari pengalaman dari peniaga internet, memang ramai yg gunakan hostgator...tu yang buat saya tertanya2 tu..kalau nak daftar, harap daftar di link saya di atas ye..thanks

Post a Comment