Tuesday, December 16, 2008

Anti-Whois

Whois adalah singkatan dari "who is" dan ia merupakan "tool" untuk kita mendapatkan maklumat pendaftaran domain oleh individu/sesebuah syarikat. Misalnya apabila saya whois website.com, saya akan mendapat maklumat pendaftarannya contohnya IP hosting, nama pendaftar, alamat pendaftar, email pendaftar, syarikat hosting, name server (dns server) dan lain-lain.


Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan whois ini, contohnya samspade, domaintools dan lain-lain lagi. Buka website tersebut, sekarang anda boleh cuba whois website anda sendiri dan lihat hasilnya.

Namun, ini menimbulkan masalah keselamatan terhadap server setengah-setengah pihak. Apa pula tidaknya, dengan cara ini sahaja hacker/craker telah mendapat maklumat asas yang kukuh untuk mereka melakukan pencerobohan. Tindakan seterusnya, ...(hanya hacker yang tahu..).


Oleh itu, anti-whois diwujudkan untuk mengatasi masalah ini dengan tidak mendedahkan maklumat domain tersebut. Contohnya ialah DomainsByProxy.com .DomainByProxy akan menyorok/menghalang maklumat domain didedahkan dengan menjadikan domain tersebut sebagai private.

Contoh anti-whois yang lain adalah seperti WhoisGuard khas untuk NameCheap. Promosi pada ketika saya menaip ini ialah perlindungan percuma kepada 1 domain yang baru didaftarkan di NameCheap.

Perlu diingatkan juga bahawa sekiranya anda ingin memindahkan domain (transfer domain), anda perlu menukar status private pada domain terlebih dahulu kepada public sebelum memindahkannya.

Saya juga telah menerangkan Escrow iaitu salah satu perkhidmatan untuk menjaga ketelusan jual beli domain di sini.

Harap maklumat ini membantu...




0 comments:

Post a Comment