Monday, December 15, 2008

Pendekkan Website Address Dengan TinyURL

Pernahkah anda merasa leceh atau susah menyimpan sesuatu URL yang panjang?
Anda boleh pendekkannya dengan tinyURL.

Anda boleh melayari TinyURL di tinyurl.com .TinyURL ialah perkhidmatan percuma kepada sesiapa yang ingin memendekkan URL yang panjang. Tiada bayaran dikenakan, hanya derma diperlukan kepada sesiapa yang sudi.


Diantara kebaikan tinyURL ialah:

1. Boleh memendekkan URL yang panjang.

2. Dapat menyorok affiliate ID.

3. Mudah menyimpan atau mengingati URL yang telah dipendekkan.

4. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.



Keburukan tinyURL ialah:

1. URL tidak boleh dicapai sekiranya server tinyURL bermasalah/down.

2. Sedikit delay untuk mencapai URL (tidak ketara sangat).



Anda boleh ikuti langkah di bawah sebagai contoh untuk menggunakan tinyurl:

Contoh domain (Domain Terpanjang Di Dunia)
http://thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast.com/

1. Copy URL tersebut.

2. Buka website tinyURL.com. Masukkan URL panjang tadi ke dalam ruang "Enter a long URL to make tiny".


3. Klik "Make TinyURL!" box.

4. Sekarang anda di bawa ke halaman yang memaparkan URL yang telah dipendekkan. Bagi contoh URL di atas, hasilnya ialah http://tinyurl.com/a5sj3

Sekarang anda boleh simpan atau edarkan hanya http://tinyurl.com/a5sj3 sebagai ganti URL yang panjang tadi.

Mudah je...




6 comments:

Lihat Fikir said...

bagus jugak yer tiny ni... hmm aku nk tanye cket bleh..? kat negaraku.net ni bleh ke kita register utk 2 blog sekali?...harap x menggu ko...

Anonymous said...

yang aku tau..negaraku.net tu tak kisah pun berapa banyak blog kita..macam nuffnang init gak aa..cuma sekali "submit story" boleh refer pada satu blog link je..

Lihat Fikir said...

terimakasih.... baru register td.. bab tu pening cket..

Anonymous said...

mula2 jer..dah biasa nanti nampak senang..anyway, aku suka negaraku.net sebab dia macam digg tapi utk blog bahasa melayu..

Mohd Nasri said...

try www.xr.com
mcm tinyurl gk tp lg pndek..
xr je..

Anonymous said...

mohd nasir - dulu pernah jumpa..pastu terlupa lak websitenyer..thanks ..cam contoh kat atas tu aku dah pendekkan jadi http://xr.com/9dg jer..memang pendek..

Post a Comment