Hari ini, rasanya internet seperti sudah pulih semula akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah. Dapatlah saya menaip sedikit berkenaan spyware yang baru saya terima iaitu - Antivirus 360 (teringat pula rancangan 360 di TV3..).
Sebelum ini mungkin anda pernah dengar atau terkena kemasukan Antivirus 2009, Microsoft Antivirus, Vista Antivirus 2008, Windows Antivirus dan seumpamanya.. Sedangkan antivirus sebegitu tidak pernah wujud pun! Paparan pop-up Antivirus 360 pun hampir sama sahaja, cuma nama antivirus sahaja yang bertukar.
Inilah teknik baru spyware selain daripada yang saya terangkan sebelum ini, jikalau dulu spyware biasanya ingin mendapatkan maklumat password/kad kredit/senarai email/aktiviti anda, tetapi spyware ini akan mengeluarkan pop-up seolah-olah anda pernah install Antivirus 360 ini! (Sedangkan anda tidak pernah install pun antivirus ini..).
Anda akan menerima amaran seperti di bawah, seolah-olah anda telah menerima virus, spyware dan adware yang boleh merosakkan komputer anda serta-merta. Sudah tentulah pengguna risau dan klik pada button OK untuk install perisian Antivirus 360 tersebut. Tambahan pula melihat senarai virus yang ditunjukkan, pasti akan tambah merisaukan pengguna.
Walaupun anda tidak klik pada OK pun, anda terus akan dibawa ke paparan seterusnya untuk install Antivirus 360. (Sebenarnya saya hanya klik pada scroll bar paparan di atas sahaja!).
Apa pun tindakan kita, sebenarnya spyware tersebut telah pun selamat masuk ke dalam komputer. Apa rasionalnya spyware ni? hehe..mudah jer.. Untuk membuang virus-virus seperti yang dinyatakan oleh Antivirus 360 ini, anda perlu membeli produk tersebut keseluruhannya. Setelah anda bayar, duit tersebut akan dihantar ke akaun paypal pembuat spyware ini. :(
Kaedah membuang spyware ini:
Sebelum ini saya sering menggunakan Spybot, tapi malangnya spybot tidak dapat mengesan spyware ini. Mungkin juga Spybot tidak cukup donation untuk membangunkan lagi updatenya..entahlah...Kali ini saya menggunakan anti-spyware Malwarebytes' Anti Malware atau Antivirus-360-remover.
1. Sekiranya anda ingin menggunakan remover, anda boleh dapatkan di sini. Sekiranya anda ingin menggunakan Malwarebytes' Anti Malware, anda boleh dapatkannya di sini. Saya lebih sarankan anda menggunakan Malwarebytes' Anti Malware kerana ia akan membuang spyware lain juga, contohnya spyware Antivirus 2008.
2. Anda boleh analisis perisian Malwarebytes' Anti Malware yang anda telah download adalah bebas dari virus dengan upload file tersebut ke virustotal.com . Anda juga boleh pastikan apa-apa files lain juga bebas dari sebarang virus dengan membuat pemeriksaan files tersebut di virustotal.com . Virustotal.com akan memeriksa file tersebut bebas dari sebarang virus dengan dengan melakukan imbasan terhadap 38 jenis antivirus. Saya dapati perisian Malwarebytes' Anti Malware adalah bebas dari sebarang virus.
3. Install dan update perisian Malwarebytes' Anti Malware tadi.
4. Scan komputer menggunakan Malwarebytes' Anti Malware. Saya dapati laptop saya telah dijangkiti spyware Trojan.Agent dan Hijack.StartMenu.
5. Klik pada "Remove Selected" untuk membuang kesemua spyware tersebut.
Selesai..
Thursday, December 25, 2008
Bagaimana Membuang Spyware Antivirus 360
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
biasa aku tgk ada pc yg dah lumpuh kne spyware,bleh online tp xleh nk download removal.mcm2 pop-ups kuar.da kne hijack.so mg aku ada standby hijack this.remove secara manual dlu.tool yg hebat.
kat opis aku, ada yang kena camtu...sampai network card pun tak berfungsi walaupun detect, nasib baik boleh masuk safe mode dan download update..ok
tapi ada 1 kes tu, masuk safe mode pun kuar pop-up gak..tengok le kena spyware camne..
kaspersky 2009 sgt besh ...
hehe
ghost_Mar - yup, kaspersky buat masa ni memang antivirus paling top..tapi trial dia 30 hari tu yg leceh tu..hehe.. dulu 2 tahun free, skang 30 hari jerr..
oo cam tu, belum penah kena lagi...bagus gak dapat info..tengkiu
Dulu guna malwarebyte tapi dh uninstall..cukup la guna kaspersky nih ;)
kaspersky + spyware doctor 6 protection cukup power dah...
gne la hijack this..
ok pe..
tp kne pham la..hehe
aku guna spybot... good info sufian... boleh try guna malwarebytes pulak...
dora kaspersky...
kick virus cuma dihujung jari..
tp kena updated selalu la..
sebab dah bermacam2 virus baru muncul..
hmmm. bagus gak ni. aku nyer spyware berlambak.. abis makin slow laptop
etomyam - sediakan payung sebelum hujan..
eins - memang power, tapi Anti Virus + Anti Spware + FREE = super power..hehe..
kalu fikir +ve, walaupun sekarang aku kena virus, tapi dapat ilmu baru
nasir - dah guna..tapi tak faham..kasi ajar laa..nak scan/clean pun dia hantar ke trend micro..tak paham aku
calipso - anti virus/spyware takleh taksub sangat..nanti depan2 ada lain lagi best lak..kena cuba2 yg baru..
dulu AVG dan symantec top, tapi sekarang dah kalah teruk ngan kaspersky ler..cd ori ada lagi aku simpan..huhu
dora - yup, tak guna ada AV tapi tak update..
samdaddycool - bahaya tu..walaupun ko cool, tapi baik ko clean dulu semua cookies, cache browser ko, pastu update dan scan virus/spyware..
tapi laptop slow banyak kemungkinannya yang lain gak..
aku kdg2 phm..kdg2 xphm hijack this tu..
bese google dlu psl spyware..kdg2 dlm forum ke website ke dorg ada bgtau kt mne dlm hijack this tu yg perlu dibuang..
nasri - ok..thanks..nanti aku try google kalu nak guna..tapi wat masa ni takde dah la spyware tu..
Post a Comment