Monday, December 29, 2008

Al kisah Award, Maal Hijrah, Tahun 2009

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog yang beragama Islam..Semoga kedatangan tahun baru1430 Hijrah ini kita lebih dekat kepada-Nya..

Disamping itu diucapkan juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada semua rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog SufianPC yang tak seberapa nih.... semoga hubungan baik sesama kita lebih rapat lagi walaupun berada di alam maya :) .
Terima kasih kepada ibnusinaputra yang menyumbangkan kad Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.


Dikesempatan ini juga, dengan sukacitanya saya ingin menyampaikan "award" yang saya terima dari PapaBear. Saya akan memberikan award ini kepada pembaca yang saya rasakan aktif di blog saya. Sebelum itu, saya ingin menyatakan 10 fakta mengenai diri saya..

10 fakta mengenai diri saya seperti di bawah:

1. Sejak kecil nama saya dipanggil Pian.
2. Isteri tercinta di panggil Eina.
3. Anak kesayangan bernama Muadz.
4. Suka temankan anak tengok cerita Barney & Friends.
5. Saya dah hafal sikit lagu Barney.. :p
6. Saya baru sahaja memblog sejak 8, 2008.
7. Suka orang award atau comment di blog.
8. Kadang-kadang repair PC.
9. Kadang-kadang suka membaca.
10. Dulu gemuk sekarang kurus.

Dengan ini, saya sampaikan award ini kepada:

1. Sandora
2. E
3. Calipso
4. eTomyam
5. doku
6. ghost_MaR
7. senapang
8. EiNS
9. Mohd_Nasri
10. Along_exe

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/cerikan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (menge-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda".

Terima kasih!





Click Here To Read More...

Thursday, December 25, 2008

Bagaimana Membuang Spyware Antivirus 360

Hari ini, rasanya internet seperti sudah pulih semula akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah. Dapatlah saya menaip sedikit berkenaan spyware yang baru saya terima iaitu - Antivirus 360 (teringat pula rancangan 360 di TV3..).


Sebelum ini mungkin anda pernah dengar atau terkena kemasukan Antivirus 2009, Microsoft Antivirus, Vista Antivirus 2008, Windows Antivirus dan seumpamanya.. Sedangkan antivirus sebegitu tidak pernah wujud pun! Paparan pop-up Antivirus 360 pun hampir sama sahaja, cuma nama antivirus sahaja yang bertukar.

Inilah teknik baru spyware selain daripada yang saya terangkan sebelum ini, jikalau dulu spyware biasanya ingin mendapatkan maklumat password/kad kredit/senarai email/aktiviti anda, tetapi spyware ini akan mengeluarkan pop-up seolah-olah anda pernah install Antivirus 360 ini! (Sedangkan anda tidak pernah install pun antivirus ini..).

Anda akan menerima amaran seperti di bawah, seolah-olah anda telah menerima virus, spyware dan adware yang boleh merosakkan komputer anda serta-merta. Sudah tentulah pengguna risau dan klik pada button OK untuk install perisian Antivirus 360 tersebut. Tambahan pula melihat senarai virus yang ditunjukkan, pasti akan tambah merisaukan pengguna.


Walaupun anda tidak klik pada OK pun, anda terus akan dibawa ke paparan seterusnya untuk install Antivirus 360. (Sebenarnya saya hanya klik pada scroll bar paparan di atas sahaja!).

Apa pun tindakan kita, sebenarnya spyware tersebut telah pun selamat masuk ke dalam komputer. Apa rasionalnya spyware ni? hehe..mudah jer.. Untuk membuang virus-virus seperti yang dinyatakan oleh Antivirus 360 ini, anda perlu membeli produk tersebut keseluruhannya. Setelah anda bayar, duit tersebut akan dihantar ke akaun paypal pembuat spyware ini. :(


Kaedah membuang spyware ini:

Sebelum ini saya sering menggunakan Spybot, tapi malangnya spybot tidak dapat mengesan spyware ini. Mungkin juga Spybot tidak cukup donation untuk membangunkan lagi updatenya..entahlah...Kali ini saya menggunakan anti-spyware Malwarebytes' Anti Malware atau Antivirus-360-remover.

1. Sekiranya anda ingin menggunakan remover, anda boleh dapatkan di sini. Sekiranya anda ingin menggunakan Malwarebytes' Anti Malware, anda boleh dapatkannya di sini. Saya lebih sarankan anda menggunakan Malwarebytes' Anti Malware kerana ia akan membuang spyware lain juga, contohnya spyware Antivirus 2008.

2. Anda boleh analisis perisian Malwarebytes' Anti Malware yang anda telah download adalah bebas dari virus dengan upload file tersebut ke virustotal.com . Anda juga boleh pastikan apa-apa files lain juga bebas dari sebarang virus dengan membuat pemeriksaan files tersebut di virustotal.com . Virustotal.com akan memeriksa file tersebut bebas dari sebarang virus dengan dengan melakukan imbasan terhadap 38 jenis antivirus. Saya dapati perisian Malwarebytes' Anti Malware adalah bebas dari sebarang virus.

3. Install dan update perisian Malwarebytes' Anti Malware tadi.

4. Scan komputer menggunakan Malwarebytes' Anti Malware. Saya dapati laptop saya telah dijangkiti spyware Trojan.Agent dan Hijack.StartMenu.


5. Klik pada "Remove Selected" untuk membuang kesemua spyware tersebut.

Selesai..





Click Here To Read More...

Saturday, December 20, 2008

Virus Internet Explorer Terkini! (lagi security holes dari Microsoft..)

Semalam saya membuat kerja part-time macam biasa - repair PC. Setelah format dan install Windows, drivers, saya pun install pula antivirus AVG. Kemudian teringat pula nak dapatkan firefox di internet. Selepas setting internet streamyx, buka internet explorer untuk tanya pakcik google kat mana firefox. Walaupun memang tak berkenan langsung dengan internet explorer, tapi terpaksalah guna sekejap.

Antara penyebab yang saya tak suka sangat dengan Internet Explorer ini ialah:

1) IE adalah salah satu komponen Windows - maksudnya jika IE hang/crash, kadang-kadang PC pun boleh jadi crash juga..

2) Sikit-sikit suruh install ActiveX, bila dah install jadi senang sangat dapat spyware.

3) Dari dulu hingga sekarang, tidak habis-habis dengan serangan virus.

4) Banyak menggunakan RAM berbanding browser lain.

5) Banyak fungsi browser lain (firefox/opera/...) yang IE takde...

Source code tak open pada user, manalah tau ada spyware ke, tidak boleh digunakan pada open source (linux/freebsd/...), macam-macam lagilah...


Berbalik pada cerita semalam, semasa buka sahaja IE, tiba-tiba keluar virus alert dari AVG antivirus tiga kali! Kemudian PC OFF sendiri!! Pelik..

Kemudian saya cuba ON tanpa penyambungan internet, keluar error pula. Login pun tidak dapat dilakukan.

Format balik>>>buat semula macam mula-mula tadi..sama juga. Itu sahajalah kerja saya hingga tertidur di depan PC..huhu. Nak buka blog pun tak boleh..

Guna komputer lain, check masalah ni kat internet. saya jumpa artikel Associated Press seperti di bawah..emmm..patut laaa..

Microsoft issuing emergency fix for browser flaw

AP - Wednesday, December 17

REDMOND, Wash. - Microsoft Corp. is taking the unusual step of issuing an emergency fix for a security hole in its Internet Explorer software that has exposed millions of users to having their computers taken over by hackers.

The "zero-day" vulnerability, which came to light last week, allows criminals to take over victims' machines simply by steering them to infected Web sites; users don't have to download anything for their computers to get infected, which makes the flaw in Internet Explorer's programming code so dangerous. Internet Explorer is the world's most widely used Web browser.

Microsoft said it plans to ship a security update, rated "critical," for the browser on Wednesday. People with the Windows Update feature activated on their computers will get the patch automatically.

Thousands of Web sites already have been compromised by criminals looking to exploit the flaw. The bad guys have loaded malicious code onto those sites that automatically infect visitors' machines if they're using Internet Explorer and haven't employed a complicated series of workarounds that Microsoft has suggested.

Microsoft said it has seen attacks targeting the flaw only in Internet Explorer 7, the most widely used version, but has cautioned that all other current editions of the browser are vulnerable.

Microsoft rarely issues security fixes for its software outside of its regular monthly updates. The company last did it in October, and a year and half before that.





Maklumat lain pula,

An anti-virus company is warning the public about a security hole in the Microsoft's Internet Explorer web browser.

Officials at Trend Micro say a security hole in Explorer could allow hackers to take over your computer by tricking you into visiting tainted Web sites. Officials at Trend say as many as 10,000 sites have been compromised since last week.

Some security experts recommend you use another Internet browser until the problem has been fixed.

Microsoft says it is looking into the problem. The company has posted information on its Web site.

According to Microsoft, the virus affects "Windows Internet Explorer 7 on supported editions of Windows XP Service Pack 2, Windows XP Service Pack 3, Windows Server 2003 Service Pack 1, Windows Server 2003 Service Pack 2, Windows Vista, Windows Vista Service Pack 1, and Windows Server 2008."

The company also says Microsoft Internet Explorer 5.01 Service Pack 4, Microsoft Internet Explorer 6 Service Pack 1, Microsoft Internet Explorer 6, and Windows Internet Explorer 8 Beta 2 on all supported versions of Microsoft Windows are potentially vulnerable.

"At this time, we are aware only of attacks that attempt to use this vulnerability against Windows Internet Explorer 7. Our investigation of these attacks so far has verified that they are not successful against customers who have applied.


Saya pun tidak pasti lagi apakah nama virus ini, yang penting anda tahu mengenainya. Kesimpulannya, gunalah browser selain dari Internet Explorer ok.

Selamat beramal...:)





Click Here To Read More...

Thursday, December 18, 2008

PDF Converter


Mungkin ramai yang telah tahu kaedah menukar dokumen (Word/Powerpoint/Excel/...) kepada bentuk/format PDF. Apabila saya mendapat tahu ada kawan saya membeli CD Adobe Reader Pro 8 semata-mata hendak menukar ke format PDF, terasa saya masih perlu menunjukkan penggunaan PDF Converter ini.

Sebenarnya terdapat berbagai perisian PDF Converter yang percuma di internet. Contohnya somepdf, pdf995 dan lain-lain lagi. Saya biasa menggunakan pdf995, oleh itu saya akan terangkan cara penggunaannya seperti di bawah:

1. Download File pdf995 di sini. Download file "Pdf995 Printer Driver" dan file "Free Converter" tersebut.

2. Install kedua-dua files tersebut.

3. Buka file dokumen yang handak ditukar ke format pdf. Contoh: MsWord file

4. Buka Menu File>Print...

5. Tukarkan pilihan pencetak di "printer name" kepada PDF995. Klik OK.


6. Box "Pdf995 Save As" dibuka secara automatik. Pilih nama file pdf dan lokasi pdf yang akan dihasilkan nanti.

7. Klik Save. Tunggu proses convert dilakukan sehingga selesai.

8. Buka pdf file yang dihasilkan di lokasi yang anda pilih tadi. Siap!





Click Here To Read More...

Wednesday, December 17, 2008

Canggihnya Apple Transparent Screen

Ingat nak sambar satulah...hehe :p (Boleh klik pada gambar untuk saiz gambar penuh)











Sumber : Email dari kawan...





Click Here To Read More...

Tuesday, December 16, 2008

Anti-Whois

Whois adalah singkatan dari "who is" dan ia merupakan "tool" untuk kita mendapatkan maklumat pendaftaran domain oleh individu/sesebuah syarikat. Misalnya apabila saya whois website.com, saya akan mendapat maklumat pendaftarannya contohnya IP hosting, nama pendaftar, alamat pendaftar, email pendaftar, syarikat hosting, name server (dns server) dan lain-lain.


Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan whois ini, contohnya samspade, domaintools dan lain-lain lagi. Buka website tersebut, sekarang anda boleh cuba whois website anda sendiri dan lihat hasilnya.

Namun, ini menimbulkan masalah keselamatan terhadap server setengah-setengah pihak. Apa pula tidaknya, dengan cara ini sahaja hacker/craker telah mendapat maklumat asas yang kukuh untuk mereka melakukan pencerobohan. Tindakan seterusnya, ...(hanya hacker yang tahu..).


Oleh itu, anti-whois diwujudkan untuk mengatasi masalah ini dengan tidak mendedahkan maklumat domain tersebut. Contohnya ialah DomainsByProxy.com .DomainByProxy akan menyorok/menghalang maklumat domain didedahkan dengan menjadikan domain tersebut sebagai private.

Contoh anti-whois yang lain adalah seperti WhoisGuard khas untuk NameCheap. Promosi pada ketika saya menaip ini ialah perlindungan percuma kepada 1 domain yang baru didaftarkan di NameCheap.

Perlu diingatkan juga bahawa sekiranya anda ingin memindahkan domain (transfer domain), anda perlu menukar status private pada domain terlebih dahulu kepada public sebelum memindahkannya.

Saya juga telah menerangkan Escrow iaitu salah satu perkhidmatan untuk menjaga ketelusan jual beli domain di sini.

Harap maklumat ini membantu...





Click Here To Read More...

Monday, December 15, 2008

Pendekkan Website Address Dengan TinyURL

Pernahkah anda merasa leceh atau susah menyimpan sesuatu URL yang panjang?
Anda boleh pendekkannya dengan tinyURL.

Anda boleh melayari TinyURL di tinyurl.com .TinyURL ialah perkhidmatan percuma kepada sesiapa yang ingin memendekkan URL yang panjang. Tiada bayaran dikenakan, hanya derma diperlukan kepada sesiapa yang sudi.


Diantara kebaikan tinyURL ialah:

1. Boleh memendekkan URL yang panjang.

2. Dapat menyorok affiliate ID.

3. Mudah menyimpan atau mengingati URL yang telah dipendekkan.

4. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.



Keburukan tinyURL ialah:

1. URL tidak boleh dicapai sekiranya server tinyURL bermasalah/down.

2. Sedikit delay untuk mencapai URL (tidak ketara sangat).



Anda boleh ikuti langkah di bawah sebagai contoh untuk menggunakan tinyurl:

Contoh domain (Domain Terpanjang Di Dunia)
http://thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast.com/

1. Copy URL tersebut.

2. Buka website tinyURL.com. Masukkan URL panjang tadi ke dalam ruang "Enter a long URL to make tiny".


3. Klik "Make TinyURL!" box.

4. Sekarang anda di bawa ke halaman yang memaparkan URL yang telah dipendekkan. Bagi contoh URL di atas, hasilnya ialah http://tinyurl.com/a5sj3

Sekarang anda boleh simpan atau edarkan hanya http://tinyurl.com/a5sj3 sebagai ganti URL yang panjang tadi.

Mudah je...





Click Here To Read More...

Sunday, December 14, 2008

Webhosting Pilihan Saya - Hostgator



Lama juga saya tinjau-tinjau webhosting berbayar yang sesuai dengan kehendak saya. Kalau boleh, biarlah yang sesuai dengan keperluan jangka masa panjang. Domain saya telah pun dapatkannya di GoDaddy yang telah diterangkan di sini. Sekarang perlu ada webhosting pula untuk meletakkan segala keperluan website yang akan saya bina nanti. Harga juga merupakan perkara penting yang saya utamakan, tetapi biarlah sesuai dengan keperluan.

Antara ciri-ciri yang saya perhatikan ialah:

1. Uptime 99%

- Saya telah menggunakannya, rasa macam tiada down langsung!

2. Capaian website yang laju


- Saya mahu hosting yang pantas dicapai oleh serata dunia. Walaupun ia bukanlah bergantung kepada hosting semata, tetapi hosting juga adalah salah satu penyebabnya. Saya rasa ia penting kerana saya tidak suka membuka website yang lambat untuk dibuka, begitu jua orang lain... Terdapat banyak cara untuk menguji kepantasan website, antaranya ialah:

a) Stopwatch (clear cache browser terlebih dahulu)
b) Host-tracker.com (boleh melihat masa capaian di negara lain)

Lebih-lebih lagi bagi anda yang ingin membuat perniagaan di seluruh dunia, saya sarankan anda pilihlah hosting yang pantas. Ramai peniaga-peniaga internet juga telah menggunakannya. Walaupun nampak kecil perbezaan kelajuannya, tetapi mungkin boleh memberikan keuntungan yang lebih kepada anda. Mungkin pembeli akan seronok membuka website anda yang boleh dibuka hanya dengan 5 saat!



3. Ada promosi

- Sudah tentu saya inginkan hosting yang menawarkan harga promosi. Lagi murah lagi bagus!

Bagi pembeli hostgator akan diberi kupon diskaun/percuma 20% (Kupon berubah-ubah.. boleh email pada saya untuk mendapatkan kupon terkini)



4. Unlimited!

- Lihat sajalah pakej di atas. Unlimited Space! Unlimited domain! Unlimited Email Inbox! Lain-lain anda boleh lihat sendiri...



5. Support/Bantuan

-Antara ciri bantuan yang diberikan ialah:

a) Toll Free - saya pernah menghadapi sedikit salah faham pada mulanya, kemudian dengan hanya menelefon toll free, semua settled.
Ehh..jangan salah sangka, saya tidak menggunakan telefon rumah ok..saya gunakan Skype.. kan percuma :)

b) Email - setakat ini maklumbalas yang diterima adalah dalam tempoh 24jam.

c) Live Chat - setakat ini maklumbalas yang diterima memang menjawab soalan. 24 jam/hari servis chatting dibuka untuk pelanggan. Belum daftar pun boleh chat ok!

5. Free Domain Transfer

- Memang inilah yang saya cari kerana saya perlu pindahkan domain saya dari godaddy ke hostgator..Sebelum itu diingatkan, hanya pindah domain pertama (primary) untuk hosting sahaja adalah percuma.
-Sekiranya telah sedia ada domain di hosting hostgator, dan ingin juga melakukan domain transfer, maka bayaran $15 dikenakan.
-Oleh itu, saya lebih cadangkan anda "change domain", bukannya "transfer domain" sekiranya telah sedia ada domain di hostgator, kerana dengan "change domain" anda hanya dikenakan $5 sahaja. Contohnya hosting di hostgator, tetapi domain masih di GoDaddy.
-Perlu juga diberitahu, anda diberikan tempoh 10 hari untuk melakukan bayaran, sekiranya lewat dari 10 hari, maka "late fee" dikenakan iaitu sebanyak $10.


Cukuplah tu setakat ini, sebenarnya banyak lagi kelebihan yang saya perhatikan contohnya free site builder, unlimited database, 99.9% uptime guarantee, 45 days money back guarantee, autoresponds email dan lain-lain lagi.


Sekiranya anda rasakan maklumat saya bermanfaat untuk anda dan ingin mendaftar hosting di hostgator, silalah klik di sini untuk mendaftar. Terima kasih saya ucapkan.

*********************************************************************************


Namun ia terpulang kepada anda, pilihlah mana yang sesuai. Cuma sekiranya anda seperti di bawah:

1. Capaian pantas untuk pengunjung di sekitar Malaysia dan negara berdekatan.
2. Hanya menggunakan 1 domain dan tidak akan menambah domain lagi.
3. Tidak memerlukan saiz simpanan data yang besar.
4. Harga sangat murah.

Maka, saya sarankan anda menggunakan webhosting DataKL di bawah:



Boleh daftar datakl di sini.


Click Here To Read More...

Wednesday, December 3, 2008

Screenshot Maybank2u Phishing!

Rasanya ini adalah kali ke-3 saya menerima email phishing Maybank2u. Paparan yang saya tunjukkan ini ialah dari domain apsimages.com pula. Kali ini saya cuba login tipu untuk lihat contoh paparan-paparan phishing seterusnya.

1. Nampak kan paparan login pertamanya? 100% sama seperti halaman login maybank2u. Yang berbeza hanyalah alamat/domainnya sahaja.

2. Setelah login dengan id dan password tipu, saya terus ke paparan di atas. Ketika ini maklumat login saya telah selamat diterima dan disimpan oleh server phishing. Kemudian, saya masukkan apa sahaja no di dalam ruangan TAC tersebut.


3. Sekarang pergi ke halaman ... Wow!! Successful..


Contoh email yang saya terima boleh dilihat di artikel "Maybank2u Phishing!!!"
Sekiranya anda menerima email phishing maybank2u seperti ini. Anda boleh membuat aduan di sini.

Pada 30 November, nampaknya Maybank2u telah menukar ke login page yang baru seperti di bawah ni..

Harap login page yang baru ini lebih selamat.

Saya tidaklah begitu mahir dalam kerja-kerja programmer. Cuma terfikir adakah cara supaya sesiapapun tidak boleh meniru login page maybank2u. No right click!, No save as...! . Lebih bagus kalau ada indentiti khas untuk login page maybank2u ni macam wang kertas.. Maksudnya ada gambar/logo/warna yang tidak mudah ditiru..
Sebab bukan susah sangat pun nak buat phishing page. Contohnya cara phishing boleh lihat di sini.
Sekadar terfikir..





Click Here To Read More...