Wednesday, January 21, 2009

Berapa harga domain saya?


Baru-baru ni macam terkejut beruk sket sebab dapat email dari oversea. Mat saleh tu berminat dengan domain parking saya. Mulalah terbayangkan yang bukan-bukan...hehe. Siapa taknak duit ye tak? Tapi bagi mengontroll ketamakan dalam diri, lebih baik saya dapatkan perkhidmatan anggaran harga semasa domain saya. Kalau mahal sangat lari pulak customer, kalau murah sangat rugi pulak...

Memang banyak perkhidmatan "domain appraisal" di internet, tapi kena bayarlah. Sudahlah domain pun tak pasti lagi terjual atau tak..takkanlah nak guna appraisal berbayar. Akhirnya saya buka satu website domain appraisal yang percuma di internet, iaitu SwiftAppraisal.com .

Percuma jika kita memilih menu "Free Appraisals" di mana anggaran domain dapat diketahui dengan ikuti sahaja langkah-langkah yang diberikan. Manakala jika hendak mendapatkan harga sebenar dan nasihat dari pakar, bolehlah memilih menu "Expert Appraisals" (sedo appraisal) , tetapi bayaran akan dikenakan.

Selepas saya mendapatkan harga anggaran domain saya, saya pun maklumkan kepada mat saleh tu.. tapi sedihnya masih tiada jawapan. Harga tinggi sangat kot..haha. Rugi, rugiiiiii...




9 comments:

Anonymous said...

berapa ribu domain hang bro??

Izzat Ruslan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

x nak ke share domain tu kat sini.. mana tau minat nak beli jugak...haha

guna servis diatas, satu dari domain ak ley dijual ngan harga USD1800-2700?? Wow..haha

Syafiq Azuan said...

Pian. aku juga mahu jual domain. :D 4 ekor lembu timbang-taranya. :D

Anonymous said...

bd_fabregas - takdela ribu2, ratus jer..hehe bukan jenis LL/LLL/LLLL pun..

izzat - hehe..malu lak nak bagitau domain tu.. womansty.com (prospect utk style dan woman clothes)

syafik - wah..camne tuh..sistem barter la pulak..huhu ..kalu nak jual kambing ko bleh tanya samdaddycool.. :p

Anonymous said...

Saya periksa wormen style dalam wordtrackerkeywords.net wormen style search tak banyak. http://www.wordtrackerkeywords.net/

8,black woman hair styles
6,short hair styles for woman
5,short hair styles + mature woman
4,mature woman hair style
3,hair style for 50 year old woman
3,suit jacket styles for woman who is 5'2


Kalau hairstyle yes. banyak.
Kalau saya guna Traffictravis software. Tidak ada search. wormensty kosong bro.

Kalau yang paling banyak adalah hairstyles 352,518. di search dalam google,yahoo dan MSN

Saya selalu kesan domain name ni baik atau tidak dengan gunakan wordtraker dan Traffictravis.

Mungkin pembeli yang beli domen anda telah ada pengunjung. Atau dalam bahasa lain kot.

Anyway sufian. Macam mana dia boleh offer ya. Melalui laman forumkah? Atau email.

Anonymous said...

Kalau saya periksa dalam http://www.alexa.com/data/details/traffic_details/womansty.com

No data. Maknanya laman web ini belum ada data. Atau belum ada pengunjung. Orang ni nak beli laman web yang belum ada pengunjung. Menarik.

Boleh jelaskan sedikit, Sufian

Anonymous said...

hah. estimate value laman blog saya cuma $ 260 ~ 380 cool juga AwiftAppraisal.com ni.

Anonymous said...

thanks happysus sebab sudi appraisal sket domain saya.. sy dapat offernya melalui email..sy tak pasti mana dia dapat contact sy..mungkin dari parking domain womansty.com tu.. masalahnya sekarang, dia suruh sy appraisal domain tu di appraisal berbayar yg lebih USD50..kerana itu lebih tepat dari pakar.. emm.. happysus valuate sendiri pun dah tahu kan..

rasanya dia diantara jutawan domain di dunia.. dari email dia pun macam expert jer.. siap tanya domain simpanan yg lain lagi.. sy terlupa pula satu cth website dari jutawan internet.. yang terlalu banyak domain dibelinya.. hanya untuk pelaburan akan datang..

SwiftAppraisal.com dan estibot.com dari kata2 expert.. hanyalah "jokes".. sebab ianya bukan dinilai secara manual, tetapi result dari script. hehe

Post a Comment