Wednesday, January 21, 2009
Berapa harga domain saya?
Baru-baru ni macam terkejut beruk sket sebab dapat email dari oversea. Mat saleh tu berminat dengan domain parking saya. Mulalah terbayangkan yang bukan-bukan...hehe. Siapa taknak duit ye tak? Tapi bagi mengontroll ketamakan dalam diri, lebih baik saya dapatkan perkhidmatan anggaran harga semasa domain saya. Kalau mahal sangat lari pulak customer, kalau murah sangat rugi pulak...
Memang banyak perkhidmatan "domain appraisal" di internet, tapi kena bayarlah. Sudahlah domain pun tak pasti lagi terjual atau tak..takkanlah nak guna appraisal berbayar. Akhirnya saya buka satu website domain appraisal yang percuma di internet, iaitu SwiftAppraisal.com .
Percuma jika kita memilih menu "Free Appraisals" di mana anggaran domain dapat diketahui dengan ikuti sahaja langkah-langkah yang diberikan. Manakala jika hendak mendapatkan harga sebenar dan nasihat dari pakar, bolehlah memilih menu "Expert Appraisals" (sedo appraisal) , tetapi bayaran akan dikenakan.
Selepas saya mendapatkan harga anggaran domain saya, saya pun maklumkan kepada mat saleh tu.. tapi sedihnya masih tiada jawapan. Harga tinggi sangat kot..haha. Rugi, rugiiiiii...
Click Here To Read More...
Monday, January 19, 2009
Promo Code GoDaddy
Sejak baru-baru ini, saya menghadapi masalah sedikit dengan internet. Sedih juga rasanya sebab kurang jengok blog kawan-kawan. Masih tidak tahu apa puncanya, mungkin ada kaitan dengan hacker pun tak tahulah.. Sebab IDS dah bagi warning ada intrusion pada port 80.
Banyak rasanya entri/artikel yang hendak dihantar. Tetapi buat masa ni kena taip pendek-pendek jer. Itu pun sebab internet ok sikit masa ni..
Oklah, di bawah ini adalah promo code GoDaddy yang terbaru. Rugi rasanya sebab saya lambat tahu, hari tu beli domain dapat diskaun $7.15/domain jer.. Sesiapa yang nak beli domain lagi tu, gunalah promo code ni ok..
CHH3 = 30% off all .Com Renewals and New Registrations
CHH2 = $5 off purchases over $30
CHH1 = 10% off any order. This one is good for web mail and hosting
Promo codes ini boleh digunakan sehingga April 2009.

Thursday, January 15, 2009
Kenapa Yahudi Ramai Pakar IT?
Sejak dahulu lagi saya pernah terfikir, kenapa pakar-pakar keilmuan ramai daripadanya orang yahudi. Sememangnya Allah telah memberi kelebihan ilmu kepada kaum yahudi, sejak dari Bani Israel lagi walaupun kebanyakan mereka sombong dengan-Nya (kemudian munculnya agama Yahudi dari nama Yahuda).
Jika dikaji sejarah penemuan baru dalam dunia IT, memang kebanyakannya adalah dari penciptaan bangsa yahudi. Saya sebenarnya tidak dapat membezakan manakah satu nama yahudi sebenarnya, tetapi saya mendapat tahu perkara tersebut dari pensyarah/rakan sahaja. Sebagai contoh, pencipta formula encryption RSA ialah Shamir Adleman (nama yahudi). Pening juga hendak mempelajari kaedah encryption tu...
Apa yang saya cuba kaitkan disini ialah akhirnya saya menemui satu artikel yang ada kebenarannya kenapa yahudi memonopoli bidang keilmuan sejak dahulu lagi..
Utusan Malaysia (14/1/2009)
SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Semoga dari hasil kajian itu, kita dapat mengambil iktibar supaya sama-sama menitikberatkan keilmuan terhadap diri dan generasi kita disamping ilmu mendekatkan diri kepada Pencipta.
Bagi saudara Islam di bumi Palestin yang semakin hari menerima berbagai dugaan dan penderitaan akibat keangkuhan Yahudi, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan saudara Islam kita di sana.. semoga usaha jahat yahudi akan menemui kehancuran. Setinggi mana pun ilmu, ianya masih dari ilmu Allah. Jika tidak dibawa kepada mendekatkan diri kepada Pencipta, ilmu itu masih tiada nilai disisiNya.
Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan hambaNya yang sabar dan membawa AlQuran... Sesungguhnya Allah Maha Melihat kekejaman yang dilakukan...
Click Here To Read More...
Labels:
yahudi
Tuesday, January 13, 2009
Tips Lajukan PC - Versi 1
Kelajuan komputer adalah antara ciri paling utama yang dikehendaki oleh setiap pengguna. Ini sudah tentulah kerana kita boleh lihat, setiap produk komputer yang terkini akan menitikberatkan kelajuan dan soalan yang kerap diaju oleh pengguna juga ialah kelajuan komputer tersebut. Pendek kata, jika komputer tersebut lembap, berkemungkinan ia kurang digunakan sekiranya ada pilihan komputer yang lebih laju.
Pada masa ini, saya dapati setiap komputer/parts komputer adalah di dalam kategori sangat laju jika hendak dibandingkan dengan komputer pada zaman 90an dulu. Jika dahulu kelajuan processor adalah berasaskan MHz (Megahertz), tetapi sekarang GHz (Gigahertz). Jika dahulu kapasiti RAM adalah sekitar 16MB (Megabyte), 32 MB ... tetapi sekarang 1GB (Gigabyte) paling kurang!
Tetapi masalah yang diterima oleh pengguna ialah komputer masih perlahan operasinya atau dengan kata lain - lembap! Sebenarnya terdapat berbagai punca dari masalah ini. Oleh itu, sekiranya kita menghadapi masalah tersebut, cubalah kita atasinya sendiri dahulu ok..
Antara sebab kenapa berlakunya keadaan ini ialah komputer kita sentiasa menjalankan program/services yang tidak kita perlukan. Apa yang perlu kita lakukan ialah tutup services tersebut dengan cara di bawah:
1. Taip kekunci Windows + R . Paparan Run akan dibuka.
2. Taip services.msc
Perhatikan semua services yang ada di komputer anda. Pada lajur status, "Started" bermaksud program tersebut sedang dijalankan dikomputer anda ketika ini.
3. Setkan pada manual atau tutup service yang tidak diperlukan double click pada service tersebut. Klik pada "Stop". Kemudian pada "Startup Type", scroll down dan pilih "manual" atau "disabled". Klik "Apply" dan klik "OK".
Tetapi sebelum itu, kita perlulah tahu apa fungsi setiap service tersebut. Jika tidak, baik anda abaikan kaedah ini. Di bawah ini adalah beberapa contoh services yang anda boleh setkan kepada "manual" atau "disabled" kerana saya rasa ianya tidak diperlukan:
.NET Runtime - MANUAL
Adobe LM Service - MANUAL
Alerter - alert sekiranya ada error - DISABLED
Apache* - kalau ada guna applikasi webserver apache
Application Management - MANUAL
ASP.NET State Service - MANUAL
Ati*** - boleh digunakan sekiranya anda menggunakan graphic card ATI
Automatic Updates - boleh digunakan sekiranya anda menggunakan Windows Ori :p
Background* - MANUAL
Clipbook - applikasi clipbook - DISABLED
Cryptographic Services - fungsi encryption windows - DISABLED
Error Reporting Service - fungsi menghantar error ke Microsoft - DISABLED
Event Log - log setiap error (penting untuk server)
Fast User Switching* - Switch User, lebih baik DISABLED jika RAM rendah
FTP* - applikasi FTP - DISABLED
Help and Support - DISABLED
HTTP SSL - MANUAL
Human Interface Device* - DISABLED
IMAPI CD-Burning COM* - MANUAL
Indexing Service - DISABLED jika tidak suka guna "Search Files..."
InstallDriver Table* - MANUAL/DISABLED
IPSEC Services - MANUAL
Messenger - Applikasi "net send", ada security hole juga - DISABLED
MS Software Shadow* - MANUAL
Net Logon - Applikasi login melalui Domain Controller
NetMeeting Remote - Membenarkan komputer di remote - DISABLED
Network Provisioning* - DISABLED
NT LM Security* - DISABLED
NVidia* - boleh digunakan sekiranya anda menggunakan graphic card NVidia
Office Source* - digunakan sekiranya MsOffice corrupt (ganti CD) - MANUAL
PHP* - jika guna applikasi PHP
Portable Media Serial* - MANUAL
Print Spooler - hanya digunakan jika ada printer
Protected Storage - DISABLED
Remote Desktop Help* - Bantuan remote dari Micrososft - DISABLED
Remote Registry - (security hole) - DISABLED
Removable Storage - MANUAL
Routing and Remote Access - MANUAL
Secondary Logon - DISABLED
Security Center - DISABLED
Server - MANUAL
Smart Card - applikasi smart card
Telnet - applikasi telnet - DISABLED
Terminal Services - berkaitan remote desktop - DISABLED
Unterruptable Power* - applikasi UPS
Universal Plug n Play - MANUAL
Windows Media Connect - Applikasi untuk MP3/iPOD/...
Wireless Zero Configuration - jika guna wireless
WMI Performance Adapters - MANUAL
Workstation - MANUAL
Diingatkan juga supaya anda tidak menutup service antivirus yang anda gunakan. Tips seterusnya akan menyusul kemudian...
Tips Lajukan PC Versi 2 di sini.

speed
Saturday, January 3, 2009
Domain di GoDaddy, Hosting Berbeza
Buat masa ini, saya dapati registrar domain yang termurah ketika ini ialah GoDaddy. Namun, pakej hosting di GoDaddy pula adalah kurang menarik, tambahan pula harganya mahal sedikit dan capaiannya sangat lambat.
Saya pasti ada yang berminat untuk mendapatkan domain di GoDaddy tetapi telah menyewa hosting yang lain, contohnya di Hostgator.com, esurge.net, cubiex.com dan lain-lain. Sebenarnya saya pun mempunyai masalah yang sama. Saya telah mendaftar hosting di hostgator, tetapi tetap membeli domain di GoDaddy kerana harga domain di GoDaddy lebih menguntungkan saya. Apa yang boleh lakukan ialah membuat sedikit setting seperti saya terangkan seterusnya.
Sebelum itu, kita perlu faham tugas DNS (Domain Name Server) atau dikenali sebagai name server ialah untuk menyediakan perkhidmatan menukar nama domain kepada public IP Address. Ini kerana manusia hanya mudah mengingati domain, tetapi komputer menghantar data ke server destinasi berdasarkan public IP Address. Contoh yang mudah untuk di faham ialah manusa mengingati google.com tetapi tidak ingat IP Address, apabila manusia membuka website google.com, maka DNS server akan menukar google.com kepada IP 72.14.205.100
supaya kita boleh membuka google.com .
Bagi contoh di bawah, adalah langkah yang boleh anda lakukan untuk direct domain dari GoDaddy ke hosting yang berasingan. (Saya lakukan untuk direct domain saya di GoDaddy ke hosting saya di Hostgator):
1. Email/Chat dengan support staff di syarikat hosting anda untuk bertanyakan name server hosting anda.
2. Setelah mendapat name servers hosting, anda boleh buka website GoDaddy.
3. Login akaun GoDaddy dan pilih menu Domain>Domain Management.
4. Tick pada domain yang dipilih, klik pada icon "Nameservers". Pilih pilihan "Custom nameservers (I host my domains elsewhere)."
5. Tukarkan nameservers anda kepada nameservers hosting anda. Klik OK. Satu email akan dihantar kepada anda memaklumkan status nameservers terkini.
6. Logout GoDaddy. Buka website anda..
Anda boleh cuba buka website saya Sufian.info, domain ini letaknya di GoDaddy tetapi hosting di Hostgator.
Tetapi anda perlu tahu risiko yang mungkin anda terima dengan melakukan kaedah ini, iaitu:
1. Website anda tidak boleh dibuka sekiranya server GoDaddy bermasalah/down.
2. Website anda lambat sedikit dicapai berbanding sekiranya anda meletakkan domain di lokasi hosting yang sama. Namun, ia tidaklah ketara lebih-lebih lagi jika anda menggunakan hosting berlokasi di US.
Artikel lain yang berkaitan:
- Promosi Domain RM4 setahun
- Webhosting Pilihan Saya - Hostgator

domain
Thursday, January 1, 2009
Text Icon Berwarna Biru
Pernahkah anda membuka My Computer dan kemudian anda dapati text pada icon adalah berwarna biru, asalnya adalah berwarna hitam. Saya sering ditanya oleh rakan-rakan di pejabat meminta saya buang virus yang menyebabkan keadaan itu.
Sebenarnya itu bukanlah kesan dari virus, ia hanyalah petunjuk yang dibuat oleh Windows yang menunjukkan "compressed NTFS file" yang dilakukan oleh Windows. Sekiranya berwarna hijau pula, ia menandakan "ecvrypted NTFS file" pula. Tidak perlu risau ok..
Anda boleh mengatasinya dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
1. Buka MyComputer>Menu "Tools">Folder Options...>"View" tab>
2. Drag scroll bar ke bawah sekali dan untick pada "Show encrypted or compressed NTFS files in color"
3. Klik OK. Siap...

virus
Subscribe to:
Posts (Atom)