Sebelum ini saya menggunakan kemudahan internet WiFi (wireless) percuma, tetapi sekarang tiada lagi. Oleh itu, bagi mendapatkan kemudahan internet, saya telah pun mendaftar akaun streamyx baru-baru ini. Pada mulanya saya agak kecewa sedikit kerana baru sahaja terlepas promosi streamyx combo yang berakhir pada akhir bulan April yang lepas.
Bagi pakej biasa pula adalah seperti di bawah:
Cagaran - RM75
Duti Setem - RM10
Streamyx Activation Fees - RM75
Streamyx Installation - RM88
Sewa Bulanan (beserta modem) - RM60 minimum (ikut pakej)
* Tidak termasuk pemasangan talian telefon.
Kebetulan pula baru-baru ini juga, van bergerak TM telah datang ke pejabat saya. Promosi streamyx combo masih ada, dengan syarat saya perlu mendaftar kakitangan TM yang membuat promosi bergerak ini. Sebenarnya promosi ini pun akan berakhir pada 8 Mei 2009.
Apa yang menarik mengenai promosi ini ialah bayaran sebanyak RM75 untuk activation fee dimansuhkan. Ini sudah bagus.. cuma sekarang saya perlu membuat pemasangan streamyx secara sendiri pula. Maka kalau dapat membuat pemasangan streamyx sendiri, saya akan mendapat mengurangkan RM88 lagi. Jadi keseluruhannya saya mendapat penjimatan sebanyak RM163 !!! :-)
Langkah-langkah bagi pemasangan streamyx sendiri adalah seperti di bawah:
1. Setelah 3 hari selepas pemasangan talian telefon dan telah mendapat modem streamyx. Hubungi 100 dengan menggunakan telefon TM. Dapatkan maklumat :
a) No User Streamyx
b) Password
c) No. DNS
2. Kemudian, dengan menggunakan telefon bimbit yang didaftarkan di dalam akaun streamyx, taip SMS di bawah dan hantarkan ke 33535
stxactv (jarak) (username)
3. (Bagi pengguna Windows) Pergi ke Start>All Programs>Control Panel>Network Connections
4. Klik "New Connection Wizard">Next>Connect to the internet>Set up my connection manually> Connect using a broadband connection that requires a user name and password.
Taipkan "MyStreamyx" atau apa-apa sahaja yang sesuai.
Klik next> masukkan username dan password
Pastikan username anda ada "@streamyx". Contoh sufian@streamyx
Klik next> Tick pada "Add a shortcut to this connection to my desktop" >Klik Finish
5. Pergi semula ke Start>All Programs>Control Panel>Network Connections
Right click pada icon streamyx yang anda telah buat tadi>Properties>Networking>Double Click pada "Internet Protocol (TCP/IP)"
Klik pada"Obtain an IP Address automatically"
Klik pada "Use the following DNS server addresses"> Masukkan no ip DNS seperti contoh gambar di atas> Klik OK.
6. Pasangkan penyambungan modem streamyx seperti manual di dalam kotak modem.
7. ON modem, tunggu sehingga lampu modem stabil. Klik icon streamyx di desktop komputer.
Login dan layari internet.
Selesai, jimat RM88...
Untuk Lajukan Internet Browsing Menggunakan Firefox, sila klik di sini.
Link Berkaitan : Recover Streamyx Speed
Click Here To Read More...