Sebelum ini saya menggunakan kemudahan internet WiFi (wireless) percuma, tetapi sekarang tiada lagi. Oleh itu, bagi mendapatkan kemudahan internet, saya telah pun mendaftar akaun streamyx baru-baru ini. Pada mulanya saya agak kecewa sedikit kerana baru sahaja terlepas promosi streamyx combo yang berakhir pada akhir bulan April yang lepas.
Bagi pakej biasa pula adalah seperti di bawah:
Cagaran - RM75
Duti Setem - RM10
Streamyx Activation Fees - RM75
Streamyx Installation - RM88
Sewa Bulanan (beserta modem) - RM60 minimum (ikut pakej)
* Tidak termasuk pemasangan talian telefon.
Kebetulan pula baru-baru ini juga, van bergerak TM telah datang ke pejabat saya. Promosi streamyx combo masih ada, dengan syarat saya perlu mendaftar kakitangan TM yang membuat promosi bergerak ini. Sebenarnya promosi ini pun akan berakhir pada 8 Mei 2009.
Apa yang menarik mengenai promosi ini ialah bayaran sebanyak RM75 untuk activation fee dimansuhkan. Ini sudah bagus.. cuma sekarang saya perlu membuat pemasangan streamyx secara sendiri pula. Maka kalau dapat membuat pemasangan streamyx sendiri, saya akan mendapat mengurangkan RM88 lagi. Jadi keseluruhannya saya mendapat penjimatan sebanyak RM163 !!! :-)
Langkah-langkah bagi pemasangan streamyx sendiri adalah seperti di bawah:
1. Setelah 3 hari selepas pemasangan talian telefon dan telah mendapat modem streamyx. Hubungi 100 dengan menggunakan telefon TM. Dapatkan maklumat :
a) No User Streamyx
b) Password
c) No. DNS
2. Kemudian, dengan menggunakan telefon bimbit yang didaftarkan di dalam akaun streamyx, taip SMS di bawah dan hantarkan ke 33535
stxactv (jarak) (username)
3. (Bagi pengguna Windows) Pergi ke Start>All Programs>Control Panel>Network Connections
4. Klik "New Connection Wizard">Next>Connect to the internet>Set up my connection manually> Connect using a broadband connection that requires a user name and password.
Taipkan "MyStreamyx" atau apa-apa sahaja yang sesuai.
Klik next> masukkan username dan password
Pastikan username anda ada "@streamyx". Contoh sufian@streamyx
Klik next> Tick pada "Add a shortcut to this connection to my desktop" >Klik Finish
5. Pergi semula ke Start>All Programs>Control Panel>Network Connections
Right click pada icon streamyx yang anda telah buat tadi>Properties>Networking>Double Click pada "Internet Protocol (TCP/IP)"
Klik pada"Obtain an IP Address automatically"
Klik pada "Use the following DNS server addresses"> Masukkan no ip DNS seperti contoh gambar di atas> Klik OK.
6. Pasangkan penyambungan modem streamyx seperti manual di dalam kotak modem.
7. ON modem, tunggu sehingga lampu modem stabil. Klik icon streamyx di desktop komputer.
Login dan layari internet.
Selesai, jimat RM88...
Untuk Lajukan Internet Browsing Menggunakan Firefox, sila klik di sini.
Link Berkaitan : Recover Streamyx Speed
Saturday, May 16, 2009
Pemasangan Streamyx Sendiri (Jimat RM88)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Tapi kena tengok juga bil bulan pertama anda... aku dah terkena cas rm88 dimasukkan sekali walaupun aku pasang sendiri... kenalah call tm center untuk claim balik.Kalau dah call paham-paham jer la... dalam 2 bulan baru dapat balik..
thanks.. rasanya kalau nak tahu username dan password tu memang le kena contact TM..
tengok le 1st bill nanti camne..tapi aritu ada tanya TM, dia kata kalau tersilap pun, kita masih boleh hilangkan bayaran tu..tapi kena tunggu bill seterusnya lah..
tapi setting ni xley wat sharing connection, sebab dialer dekat komputer.. kalau nak sharing guna switch contohnya, kena setting kat modem as PPoE..betulkan kalo silap.hehe
kalu tak silap, dulu masa jadi student..biasa buat sharing gak..samada guna internet sharing windows default tu, takpun guna wingate..
tapi satu PC kena jadi server la..PC tu le kena jadi dialer..kena ON memanjang..traffic pun effect gak..
tapi kalu nak betul2 puas hati..guna dedicated switch le..banyak pc guna pun, laju sama..
hati hati la ngan streamyx... cam biskut kekadang heheh...
ya ka? wat masa ni ok.. tak tahu lah nanti
Perlu ke letak DNS?aku tak pernah letak DNS boleh je dail camtu :)
cyberfly - bukan letak dns pada NIC, tapi pada modem streamyx.. kalu ikut step TM, memang disuruh camtu
bagus2..
tapi skang nih aku nak pkai p1 wimax plak...
ok kew?
sorry tak relate dgn entry :P
cerita le sket kat blog ko pasal p1 wimax tu..
aku ada jugak guna wireless broadband ni. baru2 ni celcom ada buat promo khas utk govt staff jer lah. RM50 sebulan, modem free dan bil bulan pertama tak kena caj. tapi aku dah guna (kat kawasan Kepong) kadang2 je dapat line 3G/HSDPA nye. slebihnye EDGE/GPRS. boleh tahan jugak la slownye. line lak slalu putus2...kcewa
setakat ni bill streamyx aku ok je. baru 1st bill. line ok, cuma siang kadang2 slow..especially lunch hour
salam,aku nak tanya cikit..klau nk wat tm streamix,kene install cd tm strymix ke dulu?
salam, untuk pengguna winxp dan ke atas tak perlu cd.
Post a Comment