Bermula 30 Jun 2008, Microsoft telah memberhentikan semua penjualan CD Windows XP. . Lama juga Windows XP bertahan, kalau nak dibandingkan Windows Me dulu. Sumber - A World Without Windows XP , Timeline Of Releases.
Mungkin ini adalah strategi pemasaran Microsoft bagi mengaut keuntungan yang lebih lagi pada masa-masa akan datang dengan cara memaksa pengguna menggunakan Windows Vista pula. Cuba kita ingat pada tahun 1985 hingga 1990an dulu, Microsoft membiarkan pengguna perisiannya secara cetak rompak diserata dunia. Kemudian apabila pengguna telah terbiasa dengan Windows, mulalah operasi Microsoft untuk menyaman mana-mana syarikat yang menggunakan perisian Windows cetak rompak. Hendak atau tidak, jika syarikat dah terbiasa dengan Windows, maka terpaksalah beli perisian Windows secara sah.
Kini penguatkuasaan Microsoft lebih tegas lagi. Barangsiapa yang menggunakan Windows XP cetak rompak akan dikesan melalui internet. Setelah itu, patch akan dipasang kepada komputer pengguna supaya pengguna segera membeli lesen yang sah. Biasanya akan ada satu mesej pemberian tempoh 30 hari untuk pengguna mendapatkan lesen yang sah (seperti gambar di atas). Strategi pemasaran yang hebat!!! Tidak hairanlah Bill Gate merupakan orang terkaya di dunia pada masa ini.
Oleh kerana Microsoft telah memberhentikan penjualan Windows XP, pengguna diminta beralih kepada Windows Vista. Edisi Windows Vista adalah seperti berikut :
Anda boleh baca artikel perbezaannya di sini.
Thursday, August 7, 2008
Taktik Microsoft?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
xp klau lbh 30 hari dia ttap kuar msj tu kcuali xleh psg background picture kt desktop..gelap je..
tp vista lg truk klau dpt detect pirates..
lpas 30 hari xleh msuk dlm pc...leh msuk kt safe mode je..pstu lps bpe hari tah, xleh msuk dlm sistem..kne format baru..ada bce psl ni kt mne tah..
nasri - sebenarnya ada cara nak buang warning "non genuine.." tu..tapi tak berani nak post, takut ada yg tak suka..maklumla aku ni kan orang baru dalam blogger nih..
tapi vista yg aku tau lagi teruk..kalau detect pirate, nanti komputer ko tak dapat detect hard disk SATA tu..nak format pun tak boleh..cara nak settlekan hanyalah ko amik hard disk tu, pastu format kat PC lain..tu je
"nasri - sebenarnya ada cara nak buang warning "non genuine.." tu..tapi tak berani nak post, takut ada yg tak suka..maklumla aku ni kan orang baru dalam blogger nih"
Acik benar² nak tau sgt mcm mana nak buang menda alah nie... pc acik pakai window XP Pro. laa nie dok kuar message non-genuine tue setiap kali nak masuk pc... tolong emailkan kat acik cara² nak ghaibkan dia ek..
fosilmitra@yahoo.com
Thanx.
Acik fosilmitra
insyaAllah, saya akan post artikel berkenaan cara ini nanti.. :) tunggu ye
Pak Cik benar² nak tau sgt mcm mana nak buang menda alah nie... pc pak cik pakai window XP Pro. laa nie dok kuar message non-genuine tue setiap kali nak masuk pc... tolong emailkan kat acik cara² nak ghaibkan dia ek..
Tk.
ishamnoh1835@gmail.com
Post a Comment