Pernahkah anda mengalami masalah tidak boleh install WinXP pada komputer (biasanya laptop)? Sedangkan komputer anda tiada apa yang rosak pun. Biasanya keadaan ini boleh anda kenalpasti apabila anda ON laptop segalanya berjalan lancar, tetapi apabila anda hendak format laptop tersebut, proses format akan terhenti apabila terdapat error yang menyatakan hard disk tidak dapat dikesan/detect.
Penyelesaian 1 :
a. Dapatkan driver SATA dan masukkan dalam disket.
b. Mulakan install WinXP dari CD.
c. Stand-by disket yang telah dimasukkan SATA driver ke dalam pemacu disket. Apabila keluar menu arahan "Press F6 if you need to install a third party SCSI or RAID driver...", tekan F6 supaya dapat menggunakan driver SATA semasa proses installation.
Malangnya, kebanyakan laptop sekarang tiada floppy disk!!! Maka abaikan cara ini...
Penyelesaian 2 :
a. Mengubah konfigurasi BIOS.
Bios Setup>Integrated Peripherals>VIA Onchip IDE Device>SATA mode (RAID) tukarkan kepada (IDE).
b. Setelah install Windows XP, cari dan install/upgrade driver SATA dari website pengeluar laptop.
Tidak semua laptop boleh disetting bios seperti di atas. Merugikan sedikit kerana data hard disk sepatutnya boleh dicapai lebih laju kerana menggunakan hard disk SATA, tetapi dengan cara ini kelajuan data yang dicapai adalah seperti menggunakan hard disk IDE (PATA). Maka teruskan cara di bawah:
Penyelesaian 3 :
Cara ini remeh sedikit tetapi lebih sesuai digunakan.
a. Download driver SATA dari website laptop anda (cth : website Acer)
b. Download dan install perisian percuma NLite dari sini.
c. Sekiranya driver SATA anda dalam bentuk zip file, extract terlebih dahulu file tersebut ke dalam satu folder.
d. Run perisian NLite
– masukkan CD WinXP ke dalam CD drive
- browse CD WinXP tersebut. Pastikan hard disk anda mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan data dari CD WinXP ini.
- Next untuk ke menu "Task Selection" dan klik "Drivers"
- Klik "Insert" dan pilih lokasi folder driver SATA yang anda telah download
- Klik "Next" dan "OK" untuk mulakan proses
- Pada Menu "Task Selection", klik pada "Bootable ISO" untuk membuat file WinXP ISO yang telah siap ditambah SATA driver.
- Klik "Make ISO" untuk mulakan proses membuat image ISO file.
e. Gunakan apa sahaja perisian CD-burner untuk burn (simpan) file image ISO file tadi ke dalam CD-R.
Nah, sekarang anda boleh install Windows XP dengan menggunakan CD Windows XP yang telah ditambah driver SATA.
Anda boleh dapatkan gambar-gambar lain yang berkaitan dari link website di atas.
2 comments:
salam..nak tanya.sy pakai sata HD.masa sy nak format sy tukar bios kpd ide.so lepas sy format sy kn install driver sata pastu tukar balik bios ker..
kalau bios dah ada option tukar ke IDE, takde masalah..setting "IDE"..pastu boleh guna macam biasa..
selalunya ada masalah pada laptop2 baru yg tiada IDE..
Post a Comment