Wednesday, May 20, 2009

Kejatuhan Pengunjung Blog SufianPC

"Content is king!" - ya, saya setuju dengan kata-kata ini. Ada betulnya . Kenapa tidak, saya juga telah mengalaminya kesannya..

Saya pernah tidak mengemaskini atau menambah apa-apa artikel disebabkan sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Kesannya, pengunjung ke blog ini semakin hari semakin kurang. Tetapi setelah saya mula menambah artikel semula, lihatlah contoh di bawah.. (bilangan pengunjung kembali bertambah setelah artikel baru ditambah)



Memang tidak dinafikan, banyak faktor lain yang boleh menaikkan pengunjung ke blog kita, contohnya dengan melawat blog rakan-rakan yang lain, menambah SEO ranking, dan banyak lagi... (sila rujuk pakar blog di luar sana untuk maklumat lebih lanjut). Tetapi content adalah satu ciri utama yang memberi kesan naik turunnya pengunjung blog.

Bayangkanlah, hari ini ada buka blog saya..ada cerita semalam. Esok buka lagi, sama jugak. Lusa buka lagi, sama jugak.. Hari seterusnya?? emm..mestilah dah malas nak buka blog ni lagi kan..

Perlu dingatkan bahawa pembahagian masa juga amat penting bagi pemblog. Pasti kita sedia maklum, setiap hari ada sahaja urusan keluarga/kerja dan lain-lain yang perlu diuruskan. Begitu juga dengan pakar-pakar blog di luar sana, tetapi perlulah bijak menguruskannya, terutama bagi mereka yang menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.

Kesimpulannya, adalah amat penting untuk kita sentiasa mengemaskini/menambah artikel di blog supaya dapat mengekalkan dan menambah pengunjung/rakan di blog masing-masing.


*Untuk makluman, saya mengesan kehadiran unique visitors ke blog saya menggunakan statcounter.




10 comments:

Anonymous said...

ha a keep on update man,blog hang ni banyak informatif.

Kujie said...

ohhh..dah boleh komen

salah satu lagi tips utk menarik trafik adalah post entri pada masa yang tepat. saya pernah terbaca tapi tak ingat sangat waktu bilakah yang setepat-tepatnya.

waktu tengahhari mungkin...waktu rehat makan tenghari, jadi ramai yang ada masa untuk surf

Syafiq Azuan said...

Kenalan blog aku jarang yang bercerita pasal PC. Kau je la sufian. Jadi blog ini berpotensi besar pada aku. :)

Baru-baru ini aku ada pesan kat ruangan komen aku untuk pembaca blog aku.

" Orang yang baik adalah orang membaca, pembaca yang baik, pembaca yang baik pembaca yang memberi komen.. Jadilah pembaca yang baik"

Kemudian aku dapat feedback pasal tu. Pembaca yang baik tak semesti akan komen. Mereka akan terus membaca. Jadi aku buang pesanan tu dan ganti " Terima kasih kerana membaca!" Haha.

Mereka datang baca pun dah cukup. Sebab konsep pembaca blog adalah "touch and go". Mereka baca dan pergi. Kalau komen maka adalah bonus bagi bblog itu. Jadi benarlah kata kau, "content is a king" dan upate juga adalah penting.

Blog ini ada potensi besar. Teruskan dan jangan berhenti memberi. Eden support kau!. yeah! ;D

jelikweyh said...

adoiii
terasa seyh
thn nih adlh thn yg paling malang antr ak & tenet
itu sbb ak mls nk update
hope sem dpn , apartment ak ad tenet

hazman aka species1980 said...

bro....teruskan usaha update blog informasi yang bagus nie...sure u can....

Admin said...

huhu. tul tu. konten penting nk kasi info br kt reader

TMUkmkd said...

biasa la tu.. kadang2 kalau tak de artikel yang baru akan ada masalah untuk mendapatkan pengunjung :)
K selalu hadapi masalah tu. lagi2 kalau cuti sem atau tengah ada kerja macam sekarang :)

tapi ketahuilah, ada orang yang akan membaca.

sufian said...

E - tq, kadang2 jealous tgk blog ko..hehe

kujie - memang suka update masa tu, tapi masa tu tengah kerja la pulak. malam baru bleh update sket..tq

syafik - aku pun sama, kalu rasa ada orang baca baru bersemangat sket.. kalu memblog ni semata-mata sebab duit, dah lama bungkus!

ghost - sebelum aku guna streamyx ni, aku pun camtu gak.. malam2 buta g cc sebab dah gian..hahah

hazman - tq..kalu boleh, lagi 5 blog aku nak up..tapi dapat istiqomah 1 blog ni pun dah nasib baik.. masih didalam pembelajaran..

ubey - apa guna paip kalu takde air..tul tak?

TMUkmkd - malam ni ada idea, tapi dah ngantok sgt ni..esok ada discussion plak..adeeii.. insyaAllah, esok gak aku update

Rfq said...

Kena rajin2 update blog nih. dah ada pelanggan tetap, mesti ler orang kerap datang tengok. hmm. kena ada banyak sumber ilmu dan maklumat.

sufian said...

sometimes i really bz..but sometimes i have no idea what to write about..haha

Post a Comment