Jika anda ada domain yang belum digunakan, adalah disarankan supaya anda menggunakan perkhidmatan domain parking. Sebelum anda menggunakan domain tersebut dengan aktifnya pada satu masa nanti, anda masih berpeluang menjana pendapatan dengan domain tersebut. Mungkin tidak berapa banyak income yang anda dapat, tapi setidak-tidaknya ia masih digunakan.
Domain parking adalah salah satu perkhidmatan pengiklanan di internet dengan menggunakan traffik yang diterima oleh sesuatu domain. Terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan domain parking ini, contohnya sedo, revenuedirect, godaddy dan berbagai-bagai lagi. Ada perkhidmatan domain parking yang berbayar, ada yang percuma.
Teknik yang digunakan - setelah anda berdaftar dan meletakkan setting yang sepatutnya pada domain anda, syarikat tersebut akan meletakkan berbagai iklan pada domain anda. Maka jika ada sesiapa yang membuka domain anda dari seluruh dunia, pendapatan anda dikira berdasarkan klik pada iklan tersebut atau setiap 1000 kali domain anda dibuka.
Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa google adsense juga telah menyediakan perkhidmatan domain parking. Antara domain saya yang boleh anda lihat sebagai contoh domain parking ialah AdsenseProfitGUide.com.
Oleh itu, saya terangkan langkah-langkah sekiranya anda mahu jadikan domain anda yang di register di GoDaddy akan di parking di google adsense:
GoDaddy
1. Login Account GoDaddy anda. Klik pada menu Domain Manager. Klik pada domain yang anda mahu setkan sebagai domain parking. Klik pada ayat "Total DNS Control and MX Records". (Sebelum itu pastikan name server domain tersebut adalah di set pada "host here" - godaddy)
2. Anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Pada jadual "CNAMES (Aliases)", pada baris "www", klik pada ikon edit di sebelah kanan. Klik OK.
3. Pada ruang "Points To Host Name", masukkan ID google adsense anda. Contohnya pub-***.afd.ghs.google.com (*** ialah no ID google adsense anda). Klik OK.
4. Pada jadual "A (Host)", pada baris "@", klik pada ikon edit di sebelah kanan. Klik OK. Tukar IP Address tersebut kepada 216.239.32.21. Klik OK.
5. Klik pada "Add New A Record" untuk tambah lagi IP Address yang lain. Seperti paparan dan langkah tadi, masukkan IP Address 216.239.34.21 pula. Klik OK.
6. Ulang langkah 5 untuk IP Address 216.239.36.21 dan 216.239.38.21 pula. Pastikan anda akan dapat hasil seperti gambar ini.
Google Adsense
7. Login account google adsense anda. Klik pada menu "Adsense Setup".
8. Klik pada "Adsense for Domains".
9. Klik pada "+ Add new domains".
10. Masukkan domain yang anda telah set di GoDaddy tadi. Pilih bahasa iklan yang akan dipaparkan di domain anda nanti. Klik pada "Add domain(s)". Selesai...
Friday, April 24, 2009
Tutorial Adsense untuk Domain Parking
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
terima kasih wat tutorial ni..dulu try macam pening jap...hohoho..
aku dulu pun pernah silap..rupa2nya dekat 2 minggu baru perasan..
so kalu dah setting, jangan lupa check kat adsense esoknya, sama ada domain tersebut berjaya di verified atau tidak..
good luck :)
erkk. free ke? cm smart je
domain parking guna adsense tu free je..yang bayar ialah domain yg kita beli kat godaddy tu je..
nice tutorial. aku ada gak adsense. tapi xtau pasal domain parking ni sume. parking kete tau la. nanti nak tgk balik. thanks for sharing. hehe
kalu ada domain belum guna, boleh la buat domain parking. tapi lebih tinggi income jika domain tu buat blog... try la parking keta guna adsense lak,,hehe
ye,bagus ni...aaku dah cuba buat ,kalau nk jimat pakai info atau co.cc.. tp pendptnnya tak sehebat adsene content...kalau malas2 sngt nk post mklmt blh laaa...
sebaiknya develop domain tu, baru dapat income lebih..parking ni kurang sket incomenya..tapi kena survey dulu keyword utk domain yang diparking tu.. kalau tak silap cth domain yg saya bagi tu mahal kalu cpcnya, tapi tak pasti sebenarnya berapa sebab belum ada yg click
Kalau kita ada domain yg beli pakej dengan hosting? Mcmana kita nak masuk ke web register domain kita tu?
anonymous, cuba baca artikel spt link di bawah:
http://sufianpc.blogspot.com/2009/01/domain-di-godaddy-hosting-berbeza.html
Salam,
Sufian ada email tak ? Byk soalan nk serbu ni ... hehe
Contact : vpoint7@yahoo.com
saya dah email.. :)
sufian ajar aku beli domain dan adsense please ym/email |blitz5755@yahoo.com|
bro suffian .. ada YM tak ?
saya nak bertanye soalan. Saya x paham ngan tutorial d atas.
add YM - nazluvart
email : ilaphewitt@yahoo.com
harap sudi membantu
Post a Comment