Monday, August 18, 2008

Update Service Pack dalam CD WinXP

Sudah menjadi kelaziman, setiap kali hendak membeli sistem pengoperasian Windows, pastinya kita juga mahu Service Pack (SP) terkini disertakan sekali. Bagi CD MsWindows XP Pro, service pack terkini ialah SP3 (kerana kini Micorsoft hanya menumpukan kepada Windows Vista SP1).

Sekiranya anda memiliki CD Windows XP SP1/SP2, anda masih boleh memperbaharui CD WinXP anda.



Pertama sekali, anda perlu dapatkan Service Pack 3 untuk Windows XP di sini. Pilih cara sambungan anda di internet pada pilihan "estimated download time" sebelum klik pada download.

Gunakan perisian percuma nLite. Caranya hampir sama seperti di bab Install-XP-Pada-HD-SATA yang lepas. Cuma di Menu "Task Selection", anda perlu pilih "Service Pack".


Click Here To Read More...

Apa itu Service Pack?

Masih ingat lagi bahana virus Sasser pada tahun 2004? Komputer yang dijangkiti virus Sasser akan menerima countdown box (seperti gambar di atas) supaya komputer akan dishutdown dalam beberapa saat sahaja lagi! Trend Micro pada masa itu merupakan jaguh kerana antivirus pertama yang dapat membuang virus ini. Tetapi pengguna yang menggunakan Windows 2000 masih diserang sekiranya belum update kepada Service Pack 3. Kenapa?

Beginilah..cuba kita bayangkan virus tu umpama beruk yang masuk ke dalam rumah kita dan membuat kerosakan. Antivirus pula umpama penangkap beruk tadi. Maka, setelah beruk tadi ditangkap oleh penangkap beruk, beruk pun dicampak keluar rumah. Tapi selepas itu, beruk tadi boleh masuk kerana pintu rumah masih terbuka! Setelah pintu ditutup barulah beruk tadi tidak boleh masuk ke dalam rumah. Kita umpamakan pintu tadi sebagai service pack. Boleh faham sekarang?

Service pack adalah update kepada sistem pengoperasian MsWindows. Salah satu tujuannya ialah untuk menutup kelemahan/vulnerabilities pada MsWindows. Balik semula kepada contoh tadi, virus sasser dapat dibuang dengan cara :
  1. Cabut (disconnect) sementara penyambungan komputer dengan internet.
  2. Gunakan antivirus yang telah diupdate dan boleh membuang virus ini.
  3. Dapatkan Service Pack 3 untuk Windows 2000 dari website Microsoft.
  4. Install Service Pack 3
Barulah komputer tersebut selamat dari ancaman virus Sasser.

p.s : Anda boleh dapatkan cara membuang virus-virus lain dengan menaip keyword "W32:(nama virus)" di www.google.com


Click Here To Read More...

Windows XP masih ada dipasaran?

Oleh kerana Microsoft telah memberhentikan penjualan Windows XP, pengguna diminta beralih kepada Windows Vista. Edisi Windows Vista adalah seperti berikut :
  1. Windows Vista Starter Edition
  2. Windows Vista Home Basic
  3. Windows Vista Home Premium
  4. Windows Vista Business
  5. Windows Vista Ultimate
Terdapat terma "downgrade rights" untuk pengguna yang ingin kembali menggunakan Windows XP Pro. Namun ia hanya khas untuk :
  1. Windows Vista Business
  2. Windows Vista Ultimate


Buat masa ini, itu sahaja caranya jika anda masih ingin menggunakan Windows XP Pro dengan lesen yang sah. (Kalau gunakan cetak rompak, masih ada caranya/setting.. :p)

Kenapa pula Microsoft membenarkan "downgrade rights"? Ia adalah untuk memberi peluang kepada pengguna yang telah biasa dengan Windows XP. Tetapi mungkin juga untuk mengatasi kelemahan Vista??!! Antaranya adalah seperti di bawah :
  1. Pengguna yang menggunakan spesifikasi PC lama tidak sesuai menggunakan Windows Vista. RAM minima yang diperlukan ialah 1GB, itupun grafiknya tidak sama jika menggunakan RAM2GB. Ini kerana Vista adalah dari code name Longhorn yang memerlukan spesifikasi yang tinggi.
  2. Masalah compatible (kesesuaian) perisian-perisian untuk diinstall pada Vista. Contohnya terdapat perisian game Quake IV, WinAMP 5.32, MapInfo dan lain-lain lagi perisian yang hanya sesuai diinstall pada Windows XP.
  3. Masalah driver yang berbeza dengan Windows XP menunjukkan tahap collaboration yang masih lemah.
  4. Trend microsoft sebelum ini akan mengeluarkan produk yang lebih baik dari sebelumnya, tetapi pengguna lebih menilai ciri-ciri yang diperlukan pada Windows Vista masih ada pada Windows XP.
  5. Kelemahan-kelemahan dari segi keselamatan yang belum dibaiki. Dan lain-lain lagi.
Oh ya!, diingatkan bagi anda yang ingin membeli Windows Vista bagi PC baru, adalah disarankan supaya anda membelinya secara lesen OEM (khas untuk PC baru) kerana harganya lebih murah.

Nak percuma dengan lesennya sekali? Senang jer..apa kata kalau mulakan berjinak-jinak menggunakan open source. Nantikan artikel berkenaan open source pada masa akan datang.


Click Here To Read More...

Thursday, August 7, 2008

Taktik Microsoft?

Bermula 30 Jun 2008, Microsoft telah memberhentikan semua penjualan CD Windows XP. . Lama juga Windows XP bertahan, kalau nak dibandingkan Windows Me dulu. Sumber - A World Without Windows XP , Timeline Of Releases.

Mungkin ini adalah strategi pemasaran Microsoft bagi mengaut keuntungan yang lebih lagi pada masa-masa akan datang dengan cara memaksa pengguna menggunakan Windows Vista pula. Cuba kita ingat pada tahun 1985 hingga 1990an dulu, Microsoft membiarkan pengguna perisiannya secara cetak rompak diserata dunia. Kemudian apabila pengguna telah terbiasa dengan Windows, mulalah operasi Microsoft untuk menyaman mana-mana syarikat yang menggunakan perisian Windows cetak rompak. Hendak atau tidak, jika syarikat dah terbiasa dengan Windows, maka terpaksalah beli perisian Windows secara sah.



Kini penguatkuasaan Microsoft lebih tegas lagi. Barangsiapa yang menggunakan Windows XP cetak rompak akan dikesan melalui internet. Setelah itu, patch akan dipasang kepada komputer pengguna supaya pengguna segera membeli lesen yang sah. Biasanya akan ada satu mesej pemberian tempoh 30 hari untuk pengguna mendapatkan lesen yang sah (seperti gambar di atas). Strategi pemasaran yang hebat!!! Tidak hairanlah Bill Gate merupakan orang terkaya di dunia pada masa ini.

Oleh kerana Microsoft telah memberhentikan penjualan Windows XP, pengguna diminta beralih kepada Windows Vista. Edisi Windows Vista adalah seperti berikut :
  1. Windows Vista Starter Edition
  2. Windows Vista Home Basic
  3. Windows Vista Home Premium
  4. Windows Vista Business
  5. Windows Vista Ultimate
Anda boleh baca artikel perbezaannya di sini.


Click Here To Read More...

Tuesday, August 5, 2008

Install Windows XP pada Hard Disk SATA


Pernahkah anda mengalami masalah tidak boleh install WinXP pada komputer (biasanya laptop)? Sedangkan komputer anda tiada apa yang rosak pun. Biasanya keadaan ini boleh anda kenalpasti apabila anda ON laptop segalanya berjalan lancar, tetapi apabila anda hendak format laptop tersebut, proses format akan terhenti apabila terdapat error yang menyatakan hard disk tidak dapat dikesan/detect.

Ini adalah disebabkan CD Windows XP anda tidak mempunyai driver SATA sedangkan hard disk anda adalah jenis SATA. CD Windows Vista tiada masalah ini kerana driver SATA telah sediada di dalam CD Windows Vista.

Hal ini terjadi kerana perubahan teknologi IDE kepada SATA. SATA menyediakan capaian data yang lebih laju dari IDE, maka kebanyakan pengeluar motherboard telah beralih kepada SATA. Tetapi ketika CD Windows XP mula dikeluarkan, SATA masih tidak digunakan secara meluas lagi. Oleh sebab itulah CD Windows XP tidak mempunyai driver SATA!!


Penyelesaian 1 :

a. Dapatkan driver SATA dan masukkan dalam disket.

b. Mulakan install WinXP dari CD.

c. Stand-by disket yang telah dimasukkan SATA driver ke dalam pemacu disket. Apabila keluar menu arahan "Press F6 if you need to install a third party SCSI or RAID driver...", tekan F6 supaya dapat menggunakan driver SATA semasa proses installation.

Malangnya, kebanyakan laptop sekarang tiada floppy disk!!! Maka abaikan cara ini...


Penyelesaian 2 :

a. Mengubah konfigurasi BIOS.

Bios Setup>Integrated Peripherals>VIA Onchip IDE Device>SATA mode (RAID) tukarkan kepada (IDE).

b. Setelah install Windows XP, cari dan install/upgrade driver SATA dari website pengeluar laptop.

c. Reboot laptop

Tidak semua laptop boleh disetting bios seperti di atas. Merugikan sedikit kerana data hard disk sepatutnya boleh dicapai lebih laju kerana menggunakan hard disk SATA, tetapi dengan cara ini kelajuan data yang dicapai adalah seperti menggunakan hard disk IDE (PATA). Maka teruskan cara di bawah:



Penyelesaian 3 :

Cara ini remeh sedikit tetapi lebih sesuai digunakan.

a. Download driver SATA dari website laptop anda (cth : website Acer)

b. Download dan install perisian percuma NLite dari sini.

c. Sekiranya driver SATA anda dalam bentuk zip file, extract terlebih dahulu file tersebut ke dalam satu folder.

d. Run perisian NLite

– masukkan CD WinXP ke dalam CD drive

- browse CD WinXP tersebut. Pastikan hard disk anda mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan data dari CD WinXP ini.








- Next untuk ke menu "Task Selection" dan klik "Drivers"











- Klik "Insert" dan pilih lokasi folder driver SATA yang anda telah download












- Klik "Next" dan "OK" untuk mulakan proses

- Pada Menu "Task Selection", klik pada "Bootable ISO" untuk membuat file WinXP ISO yang telah siap ditambah SATA driver.












- Klik "Make ISO" untuk mulakan proses membuat image ISO file.











e. Gunakan apa sahaja perisian CD-burner untuk burn (simpan) file image ISO file tadi ke dalam CD-R.

Nah, sekarang anda boleh install Windows XP dengan menggunakan CD Windows XP yang telah ditambah driver SATA.

Sumber rujukan www.softpedia.com
Anda boleh dapatkan gambar-gambar lain yang berkaitan dari link website di atas.


Click Here To Read More...

Saturday, August 2, 2008

Kursus Asas Pemasangan, Konfigurasi dan Baikpulih PC


Kursus Asas Pemasangan, Konfigurasi dan Baikpulih PC pada 22 - 25 Julai lepas telah pun dilaksanakan dengan baik. Seramai 20 orang peserta dari berbagai agensi menghadiri kursus tersebut. Ini merupakan kali ke-2 kursus ini dilaksanakan pada tahun 2008.

Diharap kursus ini dapat memberi manfat kepada semua. Ada juga maklumbalas dan soalan yang masih saya terima menunjukkan tahap minat yang tinggi peserta kursus. Syabas!!



















Klik sini untuk lihat gambar-gambar lain.


Click Here To Read More...